Default – Above Header Ads

CEO QuadrigaCX Menggunakan Dana Peribadi untuk Membiayai Bursa Pertukaran semasa Litigasi dengan Bank 

 

Pengasas bursa pertukaran kripto Kanada, QuadrigaCX, yang telah mati baru-baru ini, Gerry Cotten dilaporkan telah membiayai bursa pertukaran dengan wangnya sendiri semasa ia dalam kes litigasi dengan bank besar Kanada. Balu Cotten, Jennifer Robertson, mendedahkan maklumat tentang situasi kewangan bursa pertukaran dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada 13 Mac.

Kenyataan itu menyatakan bahawa Cotten telah mengetepikan duitnya untuk Quadriga membiayai pengeluaran pengguna pada tahun 2018, selepas Canadian Imperial Bank of Commerce (CIBC) membekukan lima akaun yang memegang $21.6 juta.

Robertson berkata:

“Walaupun saya tidak mengetahui secara langsung bagaimana Gerry menjalankan bisnes itu, dia memberitahu saya bahawa dia telah meletakkan duitnya sendiri ke dalam QuadrigaCX untuk membiayai pengeluaran pengguna pada tahun 2018 sewaktu dana dalam CIBC dibekukan. Saya percaya Gerry sangat mementingkan perniagaannya, dan juga ingin menjaga kepentingan penggunanya.”

Pada waktu itu, CIBC membekukan akaun yang dimiliki pemproses pembayaran bursa pertukaran itu, Costodian Inc., dan pemiliknya, Jose Reyes, disebabkan kegagalan untuk mengenalpasti pemilik dana itu. CIBC kemudiannya memohon mahkamah untuk memegang dana itu dan membuat keputusan sama ada dana itu dimiliki oleh QuadrigaCX, Costodian, atau 388 pengguna yang mendeposit dana itu.

Quadriga kemudian memberitahu mahkamah bahawa bank itu salah membekukan dana itu, dan mendakwa ianya adalah pemilik sebahagian besar dana itu kerana “tiada bukti” dakwaan yang bertentangan.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Robertson juga mendedahkan bahawa firma undang-undang yang mewakili bursa pertukaran itu akan menghentikan perkhidmatan mereka kepada QuadrigaCX kerana konflik kepentingan.

Kenyataan itu menyatakan:

“Saya telah diberitahu oleh Stewart McKelvey bahawa, disebabkan kerisauan tentang potensi konflik kepentingan yang telah dinaikkan kerana maklumat yang ditemui Monitor sejak permulaan proses CCAA, mereka telah menarik diri daripada mewakili QuadrigaCX dan pemohon lain dalam proses CCAA.”

Pada awal Mac, Robertson meminta mahkamah pampasan sebanyak $225,000 untuk kos undang-undang untuk pembiayaan yang digunakan untuk membantu bursa pertukaran kripto itu mendapatkan perlindungan daripada kreditor. Selepas aset kripto bernilai $145 juta hilang berikutan kematian Cotten, Robertson memberi pembiayaan interim untuk prosiding undang-undang.

Walaupun isu pembayaran Robertson dilaporkan dibincang dalam mahkamah, firma undang-undang yang mewakili klien QuadrigaCX yang terjejas, Cox & Palmer memberi hujah bahawa pembayaran semula tidak sepatutnya diberikan sehingga EY – monitor mahkamah – telah menilai maklumat tentang aset dan transaksi daripada hartanah Cotten. 

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/quadrigacx-ceo-used-personal-money-to-fund-exchange-during-litigation-with-bank-in-2018

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads