Default – Above Header Ads

CEO Ripple Brad Garlinghouse Bimbang tentang Kesan Libra Facebook

CEO firma kripto dan blockchain Ripple, Brad Garlinghouse, bimbang tentang potensi untuk kawal selia lebih ketat terhadap industri matawang digital kesan daripada stablecoin Libra yang masih belum dilancarkan oleh Facebook. Garlinghouse mengeluarkan kenyataan ini dalam temubual bersama Fortune pada 25 Julai.

Garlinghouse berkata, “Kita hanya ingin memastikan kita tidak tersepit antara keduanya. Ia adalah penting untuk saya iaitu apabila penguatkuasa mula bertanya soalan mereka tidak akan meletakkan kami semua dalam satu bekas yang besar.”

Namun begitu, dalam temubual di persidangan Fortune Brainstorm Finance pada bulan Jun, Garlinghouse berkata bahawa pelancaran matawang kripto oleh gergasi media sosial seperti Facebook akan membantu dalam melegitimasi produk berdasarkan matawang kripto dan membawa kepada jumlah besar institusi kewangan menandatangani kontrak untuk menggunakan matawang digital Ripple, XRP, untuk pembayaran merentasi sempadan.

Dalam bulan yang sama, Garlinghouse berkata bahawa Bitcoin dan XRP bukanlah pesaing. Garlinghouse bercakap tentang dua perbezaan utama antara kedua-dua matawang kripto itu, menyatakan Bitcoin adalah tempat penyimpanan nilai atau emas digital, sementara XRP adalah matawang perantara yang membolehkan penyelesaian efisyen untuk pemindahan fiat-ke-fiat.

Sementara kerajaan seluruh dunia menunjukkan kebimbangan mereka tentang konglomerat teknologi antarabangsa mengeluarkan matawang digital yang secara teori boleh melihat lebih banyak penggunaan daripada matawang kerajaan, Libra juga telah menyebabkan kekecohan dalam komuniti matawang kripto.

Jenny Shaver, COO firma pinjaman kripto yang beroperasi di Colorado, Salt, memberitahu Cointelegraph bahawa perbicaraan Senat Libra telah menunjukkan bahawa ruangan kripto perlu konsisten di seluruh industri dan ia perlu proaktif dalam menunjukkan kepentingannya:

“Industri itu kekurangan peraturan yang konsisten, dan untuk perkembangan jangka masa panjang industri itu, kita perlu membentuk struktur itu dengan penguatkuasa. Ia adalah penting untuk meletakkan orang yang terbaik dalam industri sebagai wakil. Sebagai langkah seterusnya kita perlu meletakkan lebih banyak sumber kepada melobi, dan membina program PR dan komunikasi yang strategik untuk membimbing pemegang kepentingan dan membantu membuang stigma yang tidak diingini.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ripple-ceo-brad-garlinghouse-concerned-about-effects-of- facebooks-libra

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.