Default – Above Header Ads

CEO Syarikat Kripto Ingin Menyumbangkan Hartanya untuk Kebajikan

Brian Armstrong adalah CEO syarikat kripto yang pertama yang menyertai ikrar untuk menyumbangkan sebahagian besar harta untuk kebajikan orang ramai. Armstrong, pengasas Coinbase, telah menandatangani The Giving Pledge: perjanjian yang merekrut jutawan dan bilion-wan dari seluruh dunia untuk menyumbang kekayaan mereka untuk tujuan kebajikan.

Ikrar tersebut dimulakan oleh Warren Buffet dan Bill Gates pada tahun 2010, dan sejak itu ikrar itu telah ditandatangani oleh mogul usahawan termasuk Elon Musk, Michael Bloomberg, dan 150 dermawan antarabangsa.

Walaupun sumbangan Armstrong tidak diumumkan, majalah Forbes menganggarkan kekayaan Armstrong adalah di antara USD$900 juta hingga USD$1 bilion pada bulan Februari yang lalu. Tambahan lagi, sejak Coinbase menjadi bursa pertukaran yang paling terkenal di Amerika Syarikat,  ia telah melaporkan keuntungan sebanyak USD$1 bilion pada tahun 2017, dan jangkaan keuntungan mereka bertambah sebanyak USD$1.3 bilion untuk tahun seterusnya.

“Sebaik sahaja satu tahap kekayaan dicapai, utiliti daripada membelanjakan kekayaan itu sangat sedikit,”menurut CEO Coinbase itu. “Cita-cita seseorang adalah untuk maju ke hadapan. Saya sangat kagum dengan pengasas dan tokoh yang mempunyai cita-cita untuk menambah baik dunia, yang melebihi cita-cita untuk menambah kekayaan sendiri.”

Sumber:

CEO Becomes First Crypto Billionaire to Pledge Bulk of His Wealth Towards the Greater Good

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads