Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

CEO Tron: Bitcoin Membawa Peluang Untuk Pelabur Muda

 

Justin Sun percaya Bitcoin dan matawang kripto lain mempunyai potensi untuk memberi peluang kepada generasi muda pelabur. CEO Tron juga menyatakan pengkritik matawang kripto terlalu fokus kepada aspek perniagaan dan bukannya implikasi teknologi matawang virtual kepada ekonomi digital yang membangun.

Bercakap dengan CNBC pada 13 Mac, Sun mempertimbangkan Bitcoin dan matawang kripto secara am dan berkata dia merasa optimis dengan masa depan matawang virtual.

Menurut CEO Tron, pembangunan protokol layer-two Seperti Lightning Network, dan juga penglibatan baru-baru ini oleh institusi seperti JPMorgan dan Facebook dalam industri itu adalah petunjuk perkembangan utiliti aset virtual.

Christopher Giancarlo, ketua Commodity Futures Trading Commission (CFTC) Amerika Syarikat juga mempunyai sentimen yang sama dengan Sun. Dalam ucapan yang diberikan pada 14 Mac, pengerusi CFTC menggambarkan matawang kripto dan teknologi blockchain sebagi pendorong besar dalam transformasi pasaran pelaburan moden.

Apabila ditanya tentang kritikan daripada tokoh seperti Warren Buffet tentang utiliti Bitcoin, Sun mengisytiharkan bahawa matawang kripto adalah lebih kepada teknologi dari peluang perniagaan. Menerangkan lebih lanjut, Sun berpendapat bahawa matawang virtual memberi lebih banyak peluang kepada generasi muda pada masa sama mengatakan bahawa Bitcoin dan matawang lain adalah “arus Internet yang seterusnya.”

CEO TRON juga menekankan keperluan untuk fokus kepada menggalakkan penggunaan meluas, bukan hanya metriks seperti modal pasaran. TRON adalah matawang kripto ke-10 terbesar mengikut modal pasaran – kini berjumlah $1.5 bilion. Sun berkata fokusnya adalah pada pembangunan aspek perniagaan dan teknologikal daripada nilai modal pasaran.

Sumber:

https://bitcoinist.com/tron-ceo-bitcoin-holds-greater-promise-for-younger-generation-of-investors/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads