Default – Above Header Ads

CEO VMWare Gelsinger Mengkritik Bitcoin sebagai Reka Bentuk yang tidak Baik

Pat Gelsinger, CEO syarikat cloud computing dan virtual machine yang besar untuk syarikat VMWare, telah mengkritik Bitcoin sebagai “tidak baik untuk kemanusiaan”.

Fortune bercakap kepada Gelsinger tentang Bitcoin sebelum persidangan tahunan VMWare di San Francisco pada 26 Ogos. Menurut kepada Gelsinger, satu isu dengan Bitcoin adalah penggunaan tenaganya yang tinggi, yang menyumbang kepada perubahan iklim. Gelsinger berkata:

“Ia mengambil tenaga satu rumah, separuh rumah sehari, untuk membuat satu rekod dalam lejar Bitcoin […] Ia tidak sesuai dengan iklim, terlalu ekstrem, ia adalah reka bentuk yang tidak bagus.”

Gelsinger juga mendakwa bahawa orang ramai menggunakan Bitcoin untuk aktiviti haram, dan secara keseluruhan, ia adalah “tidak baik untuk kemanusiaan”.

Permintaan tenaga Bitcoin telah menjadi satu isu berterusan bagi mereka yang mengambil berat tentang tenaga di masa lalu. Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Cointelegraph, konsultan data dan pakar blockchain Alex De Vries telah bercakap tentang impak perlombongan Bitcoin kepada persekitaran. Dia berkata:

“Kami tahu perlombongan dijalankan dengan elektrik-arang batu, tetapi juga dengan tenaga yang boleh diperbaharui. Dalam kes kedua, kita tidak tahu apa yang kita gantikan, ditambah dengan tenaga yang boleh diperbaharui tidak akan mempunyai jejak langkah karbon seumur hidup. […] Semakin banyak tenaga yang digunakan oleh Bitcoin, lebih banyak impak kepada persekitaran […] Ia tidak membantu kita mencapai matlamat iklim kita.”

Dalam kajian terbaru bulan Jun ini, firma penyelidikan matawang kripto CoinShares menganggarkan bahawa 74.1% daripada perlombongan Bitcoin dikuasakan oleh tenaga yang diperbaharui.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/vmware-ceo-gelsinger-condemns-bitcoin-as-bad-design-bad-for-humanity

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads