CFO PayPal Berkata Firma itu Tidak Berminat dengan Sektor Kripto Buat Masa Ini
Ketua pegawai kewangan (CFO) kepada sistem pembayaran besar PayPal berkata firma itu masih lagi ragu-ragu untuk terlibat dalam sektor matawang kripto dalam temu bual bersama Yahoo Finance pada 7 Mei.
Bercakap dengan perancangan masa depan matawang kripto syarikat, PayPal CFO John Rainey menunjukkan bahawa firma itu sebelum ini membenarkan peniaganya menerima Bitcoin sebagai bentuk pembayaran, tetapi selepas itu melihat ketidakstabilan matawang kripto itu. “Jika seorang peniaga menerima BTC mereka akan terus menukarnya kepada matawang lebih stabil seperti euro atau dollar,”menurut Rainey, menambah:
“Kami mempunyai kumpulan yang bekerja ke atas blockchain dan matawang kripto, dan kami ini menyertainya dalam apa jua bentuk di masa hadapan. Saya cuma rasa ia terlalu awal kini.”
Rainey juga mendedahkan bahawa PayPal membuat pelaburan sebanyak $500 juta dalam syarikat rangkaian pengangkutan Uber, kerana kedua-dua syarikat merancang untuk berkerjasama membangun platform pembayaran.
Di pertengahan April, PayPal memenangi paten keselamatan siber untuk sistem berjudul “Teknik untuk mengenal pasti dan menghalang ransomware matawang kripto,” yang bertujuan untuk menambah baik penjejakan ransomware dan menghalang ia daripada mengunci akses pengguna kepada fail mereka.
Tahun lalu, PayPal memfailkan satu lagi paten untuk meningkatkan kelajuan pembayaran matawang kripto dengan menggunakan private key pendua untuk mengurangkan masa menunggu untuk transaksi antara peniaga dan pelanggan. Paten itu menerangkan bagaimana penciptaan wallet pendua dengan private key mereka sendiri akan menjadikan masa transaksi lebih laju, “membuang jumlah masa pembayar perlu menunggu untuk memastikan mereka telah menerima pembayaran matawang virtual dalam transaksi matawang virtual.”
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/paypal-cfo-says-firm-not-interested-in-crypto-sector-right-now
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!