Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

China akan Mula Menapis Syarikat Blockchain Bermula Februari 2019

 

Polisi yang mengarahkan syarikat Blockchain untuk mendaftar identiti pengguna mereka telah diluluskan di China, secara efektif membuang apa-apa anynomity yang diberikan kepada pengguna oleh teknologi itu.

Menurut Sixth Tone, Pentadbiran Ruangan Siber (CAC) di China, pemantau internet yang bertanggungjawab untuk menapis kandungan online, telah meluluskan Peraturan untuk Mengurus Perkhidmatan Maklumat Blockchain. Peraturan itu akan dikuatkuasakan mulai 15 Februari 2019, dan akan dikenakan kepada semua syarikat dalam negara itu yang dilabel “pembekal Perkhidmatan maklumat Blockchain”.

Semua syarikat baru yang ditubuhkan akan mempunyai sepuluh hari untuk mendaftar kepada CAC, memberi nama mereka, jenis perkhidmatan dan alamat server.

Namun begitu, klaus polisi yang mendapat perhatian dari media adalah meminta individu yang menggunakan perkhidmatan blockchain untuk menyerahkan identiti mereka kepada kerajaan. Menurut Reuters, sesiapa Sahaja yang menggunakan apa sahaja perkhidmatan berdasarkan blockchain perlu memberi nombor kad identiti nasional atau nombor telefon mereka untuk mengelakkan disaman.

Walaupun kerajaan menerima liputan negatif tentang polisi baru ini, CAC tetap dengan keputusannya. Pentadbiran itu berkata polisi itu diluluskan untuk mempromosi “perkembangan sihat” dalam industri Blockchain di China.

“Perkembangan teknologi blockchain telah membawa banyak peluang kepada ekonomi negara dan juga masyarakat. Namun begitu, ia juga digunakan Penjenayah untuk menyimpan dan menyebarkan maklumat haram,” menurut jurucakap CAC dalam pengumumannya.

CAC memanggil syarikat blockchain untuk menapis semua kandungan yang dianggap “ancaman kepada keselamatan negara”. Syarikat dan pengguna yang dijumpai telah “mencipta, menyalin, menerbit, dan menyebar”maklumat yang dilarang di bawah undang-undang China akan dihukum dengan penggantungan perkhidmatan itu dan juga saman $3,000 ke $4,400, menurut laporan Sixth Tone. Kerajaan China juga merancang untuk menilai setiap kes secara individu dan menghukum mereka yang dianggap jenayah.

Polisi akan datang adalah usaha terkini kerajaan China untuk mengetatkan kawal selia ke atas industri kripto. Pada tahun 2017, China telah melarang ICO, menambah kepada larangan perdagangan kripto dari awal tahun itu.

Sumber:

https://btcmanager.com/china-to-start-censoring-blockchain-companies-from-february-2019/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads