Default – Above Header Ads

China Bersedia untuk Melancarkan Matawang Digital Negara

Menurut pengumuman daripada pegawai dari People’s Bank of China (PBOC), negara itu hampir bersedia untuk melancarkan matawang digital bank pusat (CBDC) yang baru.

Terdapat khabar angin baru-baru ini dalam ruangan Bitcoin tentang teknologi pembayaran digital yang digunakan oleh kuasa pusat. Libra coin Facebook telah mendapat spotlight dalam usaha mereka untuk melancarkan matawang kripto yang bersandarkan dollar pada masa sama melalui rangka kerja undang-undang Amerika Syarikat yang selalunya mengelirukan.

Kini, nampaknya salah satu ekonomi terbesar dunia sedang berkerja untuk melancarkan rangkaian matawang kripto mereka sendiri. Mu Changhun, Penolong Ketua Eksekutif dalam Jabatan Pembayaran dan Penyelesaian PBOC, berkata dalam pengumuman bahawa prototaip CBDC sedang berjalan di atas infrastruktur back-end blockchain dengan modifikasi yang sedikit.

Di mesyuarat 40 kumpulan Kewangan China sebelum ini, yang melibatkan eksekutif dari bank besar dan pegawai kerajaan, Changhun berkata bahawa “matawang digital People’s Bank boleh dikatakan sudah bersedia.”

Changhun melaporkan bahawa sistem itu telah dibangunkan sejak 2014, yang secara kebetulan adalah masa di mana harga Bitcoin naik sehingga empat digit. Itu mungkin perkara yang menarik perhatian mereka.

Terdapat pelbagai pandangan tentang matawang kripto berpusat sama ada ianya baik ataupun merbahaya. Dimana sahaja di dunia, banyak negara yang bergerak ke aras “bebas tunai”. Penekanan kepada pembayaran digital digalakkan oleh banyak negara dalam usaha untuk menentang penggubahan wang haram dan jenayah kewangan lain.

Contohnya, European Union meluluskan undang-undang tahun lalu menjadikan ia haram untuk menjalankan transaksi lebih dari 10,000 dalam tunai. Jika matawang digital bank pusat dilancarkan oleh kerajaan, kita boleh tinggal di dunia di mana semua transaksi memerlukan kebenaran kerajaan untuk berlaku. Mereka yang kerajaan tidak bersetuju berpotensi untuk transaksi mereka dihentikan.

Di sebelah tangan lain, ia boleh membawa kepada pengurangan korupsi dalam kerajaan. Satu sistem di mana semua transaksi boleh dilihat awam boleh membenarkan orang awam audit kewangan kerajaan, kerana ciri telus blockchain. Jika pegawai kerajaan cuba menyalahgunakan wang, negara akan dapat membuktikan dengan mudah.

Sumber:

https://bitcoinist.com/china-ready-to-roll-out-state-backed-digital-currency/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.