Default – Above Header Ads

China Kaji Blockchain Dan AI Untuk Pembiayaan Rentas Sempadan

China sedang meneliti penggunaan blockchain dan Intelligence Artificial (AI) kepada pembiayaan merentas sempadan. Lu Lei, timbalan ketua pengawal selia Pentadbiran Negara Pertukaran Wang Asing (SAFE), dilaporkan berkata terdapat rancangan untuk menggunakan blokchain dan AI dalam pembiayaan rentas sempadan, dengan perhatian khusus diberikan kepada aplikasi pengurusan risiko.

Lei berkata SAFE menggalakkan penerapan fintech dan AI kepada kewangan antarabangsa dan pengurusan kewangan makro. Dorongan beliau untuk berinovasi adalah sejajar dengan ucapan Presiden China Xi Jinping, yang baru-baru ini menyeru negara untuk mempercepat penerapan teknologi blockchain sebagai teras untuk inovasi. Lei juga menekankan pentingnya menguruskan risiko: “Kita perlu memberi perhatian khusus kepada perkembangan pesat kewangan digital dan fintech. […] Apabila kita tidak sepenuhnya pasti ke mana bentuk perniagaan (baru) sedang menuju, kita mesti memberi perhatian kepada pengurusan risiko. “

Menurut Lei, infrastruktur kewangan yang kukuh mampu berfungsi sebagai asas pengurusan risiko. Beliau juga berjanji untuk membuka pasaran modal China, termasuk bon, dan mengukuhkan saluran pelaburan untuk pelabur asing.

Rujukan:

https://www.reuters.com/article/us-china-forex-opening/china-studying-blockchain-application-for-forex-regulator-idUSKBN1X605F

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.