Default – Above Header Ads

China Mengetuai Dunia dalam Projek Blockchain

 

China dilaporkan mengetuai dunia dalam jumlah projek blockchain yang sedang dibangunkan di negara itu, menurut laporan media berita china.org.cn pada 2 April.

Memetik laporan daripada Blockdata, china.org.cn mengatakan bahawa terdapat 263 projek berkaitan blockchain di China, merangkumi 25 peratus daripada jumlah keseluruhan di dunia.

Li Qilei, CTO di pembangun platform blockchain Qulian Technology, dilaporkan berkata bahawa sektor kewangan adalah pengguna terbesar teknologi blockchain, khususnya dalam pensekuritian aset untuk bank dan broker.

Chris Church, ketua pegawai bizdev untuk firma yang beroperasi di New York, Digital Assets of the United States, dilaporkan menyebut tentang kepentingan melakukan perniagaan di dalam dan berdekatan China, kerana firma itu mula bekerja dengan Hong Kong Exchanges and Clearing (HKEX). Church mengatakan bahawa, “Salah satu sebab HKEX adalah sangat penting untuk kami adalah kerana ia adalah pintu gerbang kepada pasaran saham tanah besar negara itu.”

Tahun yang lalu, the World Intellectual Property Organization melaporkan bahawa kebanyakkan pemfailan paten berkaitan blockchain datang dari China. Data yang dikumpul oleh Thomson Reuters dari organisasi paten antarabangsa menunjukkan bahawa lebih separuh daripada 406 paten pada tahun 2017 adalah dari China: negara itu memfailkan 225 paten blockchain, diikuti oleh Amerika Syarikat (91) dan Australia (13).

Yang terbaru, China Shipbuilding Industry Company Limited, subsidiari kepada syarikat perkapalan besar China Shipbuilding Industry Corporation, menandatangani perjanjian dengan Bank Shanghai, di mana ia akan meneroka bagaimana untuk implementasi blockchain untuk membiayai pembekal upstream.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-china-leading-world-in-blockchain-projects

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.