Default – Above Header Ads

China: Wilayah Guangdong Akan Menggunakan Invois Cukai Elektronik Berdasarkan Blockchain untuk E-Commerce

 

Biro Percukaian Wilayah Guangding akan implementasi platform invois elektronik berdasarkan blockchain untuk industri e-commerce, menurut laporan berita tempatan China, Southern News Network pada 18 Februari.

Wilayah Guangdong, salah satu kawasan paling padat di China, telah membuka perkhidmatan invois elektronik berdasarkan blockchain pertama untuk pelanggan dan peniaga, dan merancang untuk mengembangkan perkhidmatan mereka ke dalam industri e-commerce yang berskala besar.

Dengan menggunakan platform invois elektronik berdasarkan blockchain, penguatkuasa percukaian dilaporkan boleh menambah baik tahap efisyen dan ketelusan perkhidmatan invois menurut penerbitan itu. Berita tempatan itu mengatakan:

Teknologi blockchain telah menubuhkan mekanisme perkongsian data yang tinggi dalam kalangan penguatkuasa cukai, pembekal perkhidmatan invois, pembayar cukai dan pihak lain. Ini adalah sebab utama untuk penguatkuasa cukai untuk mengambil langkah ke hadapan dalam menggunakan teknologi ini untuk mengubah perkhidmatan pengagihan.”

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada 12 Disember 2018, satu bandar besar di Wilayah Guangdong, Shenzhen mengumumkan penggunaan teknologi blockchain untuk invois cukai elektronik yang berhubung dengan platform pembayaran aplikasi mesej WeChat.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/china-guangdong-province-to-use-blockchain-based-electronic-tax-invoices-for-e-commerce

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.