Default – Above Header Ads

CIMB Dan Ripple Kini Bekerjasama Dalam Melaksanakan Pembayaran Rentas Sempadan

 

Bank kedua terbesar di Malaysia dari segi aset, CIMB Group Holdings Bhd menandatangani kerjasama untuk membina rangkaian pembayaran rentas sempadan yang dikendalikan oleh firma teknologi blockchain, Ripple, menurut kenyataan kedua-dua syarikat tersebut pada hari Khamis 15 November. Teknologi blockchain Ripple akan digunakan dalam produk pengiriman wang SpeedSend oleh CIMB. SpeedSend boleh didapati di pelbagai negara di Asia Tenggara, termasuk Filipina, Vietnam dan Thailand, menurut laman webnya.

Ripple, yang mengatakan ia mempunyai lebih daripada 100 bank dan pembekal pembayaran di rangkaian RippleNet, ingin bersaing dalam bidang pemindahan wang antarabangsa dengan Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication atau ringkasnya Swift. Ia masih mempunyai banyak cabaran untuk mengatasi Swift, yang mempunyai lebih daripada 11,000 pelanggan di 200 negara, menurut laman web Swift.

Jumlah nilai kiriman wang global dijangka meningkat kepada $ 642 bilion tahun ini, daripada $ 613 bilion pada 2017, menurut data Bank Dunia. Ripple juga dikaitkan dengan mata wang kripto XRP. Bagaimanapun, CIMB menggunakan teknologi Ripple’s xCurrent dalam produknya, yang tidak menggunakan XRP, menurut kenyataan Naib Presiden Ripple, Marcus Treacher.

Sumber:

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-11-15/malaysia-s-cimb-to-partner-with-ripple-in-cross-border-payments

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads