CME: Minat Terbuka kepada Kontrak Bitcoin Futures Mencecah ATH
Chicago Mercantile Exchange (CME) Group telah mengeluarkan data yang menunjukkan minat terbuka kepada kontrak Bitcoin futures semakin meningkat, seperti yang ditunjukkan dalam terbitan Twitter rasmi pada 18 Jun.
CME Bitcoin futures (BTC) shows growing signs of institutional interest. BTC open interest rose by a record 643 contracts in a single day, establishing a new all-time high of 5,311 contracts on June 17 (26,555 equivalent bitcoin; ~$250M notional). https://t.co/I6A3jD6Iq3 pic.twitter.com/ljz6EbvK79
— CMEGroup (@CMEGroup) June 18, 2019
Menurut CME, minat terbuka Bitcoin melonjak pada 17 Jun dengan ATH pada 5,311 kontrak berjumlah 26,555 BTC, atau lebih kurang $246 juta sewaktu penulisan.
Futures adalah kontrak selaras yang mengikat satu pihak untuk membeli atau menjual sesuatu aset pada tarikh yang telah ditetapkan. Apa yang menatik adalah CME Group juga menyatakan dalam tweet bahawa BTC futures nampaknya bertambah populariti dengan pelabur institusi.
Eksekutif bank besar Amerika Syarikat JPMorgan Chase (JPM) Nikolaos Panigirtzoglou juga baru-baru ini telah memberi komen dalam laporan tetang Bitcoin, mengatakan pasaran BTC nampaknya mendapat pengaruh dari pelabur institusi.
Sementara CME melihat kenaikan dalam perhatian dan kedudukan, Cboe Global Markets menyelesaikan kontrak Bitcoin futures terakhirnya pada 3 pm waktu Chicago hari yang sama.
Ramai yang membuat spekulasi bahawa pengumuman Facebook baru-baru ini telah memajukan pasaran. Gergasi media sosial itu telah melancarkan whitepaper untuk stablecoin Libra pada 18 Jun, dan penganalisa kewangan Tom Lee berkata ianya adalah bukti minat mainstream dalam kripto.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/cme-open-interest-in-bitcoin-futures-contracts-hit-all-time-high
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!