Default – Above Header Ads

Coder Mencadangkan Alternatif kepada Testnet Bitcoin yang “Tidak Boleh Dipercayai”

Diperkenalkan pada 17 Julai, satu cadangan yang dipanggil Signet menawarkan alternatif baru kepada testnet Bitcoin.

Software itu memainkan peranan yang penting untuk pembangun, menjadi tempat di mana mereka boleh menguji aplikasi mereka, untuk memastikan mereka berfungsi dengan baik di atas rangkaian dengan meletakkan hanya wang ujian di situ. Tambahan lagi, pembangun protokol boleh menggunakannya untuk menguji kebolehupayaan dan keselamatan perubahan besar kepada Bitcoin, seperti Segregated Witness, salah satu perubahan Bitcoin paling popular dan berskala besar.

Tetapi testnet Bitcoin buat masa ini, yang sudah wujud dalam bentuknya kini selama beberapa tahun, mempunyai masalahnya tersendiri. Dalam satu BIP baru yang dikeluarkan di mailing list pembangun Bitocin, penyumbang Bitcoin Core Karl-Johan Alm juga menyatakan ianya “tidak boleh dipercayai”.

Dia berharap untuk mengubahnya dengan satu testnet untuk Bitcoin yang boleh menyelesaikan masalah testnet lama.

Alm memberitahu CoinDesk:

“Signet adalah seperti Bitcoin, tetapi ianya berpusat sepenuhnya dan dikawal oleh seorang atau beberapa orang. Orang-orang ini perlu menandatangani blok untuk ia disahkan.”

Kebanyakkan masalah testnet berkaitan dengan blok mining, yang lebih tidak stabil di atas testnet berbanding di rangkaian Bitcoin sebenar. Beberapa masalah itu, Alm nyatakan dalam BIP, adalah: “Reorgs blok besar, jurang yang besar antara blok yang dilombong atau beberapa blok berturut-turut bermakna ujian software yang realistik, terutamanya yang melibatkan pihak ketiga menjalankan software untuk masa yang lama, menjadi tidak feasible dalam praktis.”

Bitcoin Exchange CEX.IO

Reorgs” adalah apabila satu blok diganti dengan blok lain.

Selalunya, ia akan berlaku dalam Bitcoin kerana ia adalah rangkaian yang teragih dengan nod di seluruh dunia, jadi ia mengambil sedikit masa untuk semua nod bersetuju sesama sendiri tentnag sejarah blok dan transaksi. Jika dua blok disiarkan pada waktu yang sama dari bahagian rangkaian yang berbeza, satu blok mungkin nampak sah kepada beberapa rangkaian, dan satu blok sah kepada rangkaian yang lain. Jadi, rangkaian memerlukan sedikit masa untuk menyeimbangkan blok-blok yang berlawanan ini.

Masalahnya adalah ianya berlaku dengan lebih kerap – dan dalam skala besar – di rangkaian ujian.

Sebagai alternatif testnet berpusat, Signet akan membantu menyelesaikan masalah seperti ini.

Sumber:

https://www.coindesk.com/coder-proposes-alternative-to-bitcoins-notoriously-unreliable-testnet

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.