Default – Above Header Ads

Coinbase Berdepan Dakwaan Kecuaian atas Pelancaran Bitcoin Cash yang tidak Berjaya

Seorang hakim AS telah mengarahkan Coinbase didakwa atas kecuaian kerana tindakannya ketika pelancaran perdagangan Bitcoin Cash. Namun begitu, majoriti dakwaan terhadap syarikat itu, termasuk dakwaan penipuan dan persaingan tidak adil, telah diketepikan.

Hakim Vince Chhabria membuat keputusan bahawa aduan yang difailkan semula menunjukkan “pernyataan yang boleh diterima bahawa Coinbase melanggar tanggungjawabnya untuk mengekalkan pasaran yang berfungsi,” dan tindakannya menunjukkan “incompetence born of haste” atau ketidakcekapan yang terhasil daripada tindakan terburu-buru.

Coinbase secara sekejap membolehkan permintaan US Dollar untuk BCH pada bulan Disember 2017, tetapi menggantung permintaan tersebut hanya selepas dua minit, dengan alasan ketidakstabilan yang signifikan. Harga yang naik beberapa jam sebelum pengumuman Bitcoin Cash akan ditambah. Pemerhati akan mencadangkan ianya adalah bukti insider trading.

Coinbase pada asalnya telah berdepan dengan kritikan pada bulan Ogos 2017 kerana keputusannya untuk tidak menyokong Bitcoin Cash, berikutan hard fork dari Bitcoin.

Pembeli Bitcoin Cash mendakwa bahawa Coinbase boleh sahaja mengumumkan pelancaran perdagangan token itu terlebih dahulu. Ini boleh mengelakkkan daripada kenaikan harga yang melulu.

Namun begitu, mereka mendakwa bahawa pelancaran itu dipercepatkan kerana CME membuka perdagangan Bitcoin futures pada hari sebelumnya. Hakim itu berkata bahawa keadaan ini boleh menjelaskan mengapa permintaan pembeli dipenuhi dengan limit order yang tinggi.

Pembeli BCH yang membuat tuntuan kini boleh meneruskan tindakan dengan saman. Hakim itu juga telah menolak permintaan tuntutan ini diuruskan secara arbitrari.

Namun begitu, penjual BCH tidak begitu bernasib baik. Dakwaan mereka, bahawa mereka kehilangan peluang untuk menjual pada harga tinggi yang artifisial telah ditolak. Keputusan Coinbase untuk menghentikan perdagangan selepas dua minit adalah indikator sesuatu tidak berfungsi (dysfunction), menurut hakim, tetapi bukan cuai.

Hakim juga menolak dakwaan penipuan dan persaingan tidak adil.

Sumber:

https://bitcoinist.com/coinbase-faces-negligence-charges-over-botched-bitcoin-cash-launch/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads