Default – Above Header Ads

Coinbase Custody membeli Xapo Institutions, menyambung Perkembangan Pantas

Coinbase Custody dilaporkan telah memperolehi perniagaan institusi Xapo untuk menjadi crypto custodian terbesar dunia melalui aset di bawah jagaan.

Bursa pertukaran kripto besar Coinbase mengumumkan berita itu dalam terbitan syarikat itu pada 15 Ogos. Berita itu mengikuti perkembangan pantas bahagian custodial Coinbase yang berumur setahun, yang hanya dua bulan lalu melaporkan aset dalam jagaan (AUC) yang bernilai $1.3 bilion.

Menurut pengumuman itu, pemerolehan terbaru itu meletakkan penilaian AUC Coinbase Custody pada $7 bilion.

Xapo sendiri adalah pembekal wallet kripto besar yang nampaknya menjalankan rundingan dengan Coinbase Custodu berkenaan penjualan perniagaan institusinya sejak pertengahan bulan Mei tahun ini.

Pengumuman itu itu mendakwa Coinbase Custody kini menyimpan untuk pihak lebih 120 klien dalam 14 negara berlainan. Dalam menetapkan komitmen syarikat itu kepada perkhidmatan institusinya, Coinbase menulis: “Kepelbagaian produk institusi kami menyediakan ekosistem yang lancar, berkuasa dan mematuhi kawal selia untuk klien kami berdagang, menyimpan dan berinteraksi dengan kripto mereka.”

Awal bulan ini, Cointelegraph melaporkan bahawa Coinbase Custody telah menambah pakar dalam kawal selia perbankan New York kepada Lembaga Pengarahnya, mencadangkan perancangan untuk meluaskan keadaan kawal selia yang ketat di New York.

Pada bulan Julai, CEO Coinbase Brian Armstrong berkata dalam sesi AMA bahawa dia berharap untuk melihat Coinbase memindahkan fokus dari perdagangan kepada penggunaan meluas dalam ekonomi dalam lima tahun akan datang.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coinbase-custody-buys-xapo-institutions-continuing-rapid-expansion

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads