Coinbase Earn Kini Boleh didapati oleh Orang Awam di Lebih 100 Negara
Bursa pertukaran besar Coinbase telah membuka program Coinbase Earn kepada awam di lebih 100 negara, menurut sidang media pada 17 Mei.
Seperti yang dilaporkan oleh Cointelegraph, Coinbase pertama kali mengumumkan program itu di hujung tahun 2018 sebagai inisiatif dijemput-sahaja. Tempoh ujian ini membolehkan pengguna mendapatkan matawang kripto dengan cara belajar tentang token ERC-20 “0x” (ZRX). Coinbase berkata bahawa menurut survey yang dijalankan, pengguna yang tidak diberitahu berasa ragu-ragu untuk melabur dalam kripto tetapi ingin belajar:
“…salah satu halangan terbesar yang menghalang orang ramai daripada meneroka aset digital baru adalah ketiadaan ilmu tentang aset itu. Ramai orang yang kami survey menunjukkan keinginan yang kuat untuk mula belajar tentang aset kripto yang baru dan berbeza melangkaui Bitcoin, tetapi tidak tahu di mana untuk bermula.”
Seperti yang ditunjukkan oleh tajuk, pengguna Coinbase Earn juga boleh mendapatkan kripto. Sebagai ganjaran menjawab kuiz tentang Stellar Lumens (XLM), Zcash (ZEC) dan Basic Attention Token (BAT), pengguna boleh mendapatkan matawang kripto tersebut.
Awal minggu ini, Coinbase menambah sokongan perdagangan untuk 50 bidang kuasa baru, termasuk USD Coin di 85 negara baru. Dalam sidang medianya mengumumkan Perkembangan itu, Coinbase menyatakan bahawa harapannya adalah USDC untuk menyediakan kestabilan ekonomi dalam negara-negara baru:
“Untuk pengguna baru di negara seperti Argentina dan Uzbekistan, di mana harga pengguna dijangka untuk meningkat sebanyak 10-20% di tahun 2020, stablecoin seperti USDC boleh menyediakan peluang untuk melindungi terhadap inflasi.”
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/coinbase-earn-now-available-to-the-public-in-over-100-countries
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!