Default – Above Header Ads

Coinbase Melancarkan Kad Debit Visa Kripto untuk Pelanggan UK dan EU

 

Bursa pertukaran matawang kripto Coinbase telah melancarkan kad debit Visa yang membolehkan pelanggan di UK dan EU untuk membelanjakan matawang kripto mereka secara langsung dari akaun Coinbase mereka.

Firma yang beroperasi di San Francisco mengumumkan berita itu dalam blognya pada 10 April, berkata bahawa dengan “Kad Coinbase”, pelanggan boleh membelanjakan Bitcoin, Ether, Litecoin dan matawang kripto lain “semudah membelanjakan wang mereka di bank.”

Platform pertukaran itu berkata ia akan menukar matawang kripto ke fiat “serta-merta”, seperti British Pound (GBP), apabila pelanggan menyempurnakan transaksi menggunakan kad debit.

Kad itu menyokong semua aset kripto yang boleh dijual dan dibeli di platform Coinbase, dan pelanggan boleh menggunakannya untuk membayar pembelian hari-hari, seperti keluar makan atau menempah tiket, menurut pengumuman.

Dengan produk sedia ada seperti ini, pelanggan perlu memasukkan jumlah matawang kripto yang ditetapkan ke atas kad itu untuk membelanjakannya, menurut Coinbase.

Platform pertukaran itu juga telah melancarkan aplikasi untuk kad itu di kedua-dua platform Android dan iOS, membolehkan pelanggan memilih wallet matawang kripto yang mereka akan guna untuk membiayai perbelanjaan mereka. Aplikasi itu juga menawarkan resit “serta-merta”, keterangan transaksi dan kategori perbelanjaan.

Untuk 1,000 pelanggan pertama, Coinbase berkata ia akan mengecualikan yuran pengeluaran kad sebanyak £4.95 ($6.48).

PaySafe, pemproses pembayaran UK, adalah pengeluar kad debit itu, seorang jurucakap Coinbase memberitahu CoinDesk.

Sumber:

https://www.coindesk.com/coinbase-launches-crypto-visa-debit-card-for-uk-and-eu-customers

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads