Default – Above Header Ads

Coinbase Memfailkan Penutupan Jawatankuasa Tindakan Politik

 

Bursa pertukaran besar Amerika Syarikat Coinbase telah membuat pemfailan penutupan Jawatankuasa Tindakan Politik (PAC) pada 3 April.

Menurut pemfailan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC) – agensi penguatkuasa bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang pilihan raya – PAC Coinbase tidak menerima dana atau membuat pembayaran, dan ingin menutup jawatankuasa itu.

Menurut peraturan FEC, PAC perlu memfailkan laporan penutupan untuk menghentikan operasi jika ia tidak berniat untuk menerima atau membuat sumbangan atau perbelanjaan.

Di Amerika Syarikat, PAC adalah organisasi bebas, selalunya mewakili kepentingan perniagaan, pekerjaan atau polisi yang berbeza, yang mengumpul dan menyumbang dana kepada kempen politik untuk atau berlawanan calon, undang-undang atau inisiatif pengundian.

Berikutan kes Mahkamah Agung 2010 tentang Citizens United v. FEC, PAC telah menjadi subjek kepada kontroversi dan kritikan, kerana beberapa orang melihat organisasi ini sebagai cara penyumbang korporat atau persatuan untuk masuk campur politik. PAC dihalang daripada terlibat secara langsung dalam kempen yang mereka sokong, tetapi dalam beberapa kes, mereka telah masuk campur.

Coinbase menubuhkan PAC pada bulan Julai tahun lalu, dan pada September, ia menjadi ahli pengasas Blockchain Association. Blockchain Association didakwa sebagai kumpulan lobi pertama di Washington DC yang mewakili kepentingan industri blockchain. Ahli lain kumpulan lobi itu termasuk startup teknologi Protocol Labs, Digital Currency Group dan Polychain Capital.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coinbase-files-to-close-its-political-action-committee

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads