Default – Above Header Ads

Coinbase Mengumumkan Tiga Isyarat Perdagangan Berdasarkan Data untuk Pengguna

Perkhidmatan wallet dan bursa pertukaran matawang kripto Amerika Syarikat, Coinbase, mengumumkan bahawa ia telah mengeluarkan data agregat dalam bentuk tiga isyarat kepada penggunanya. Coinbase mengumumkan penawaran baru ini dalam terbitan blog rasmi pada 17 Julai.

Tiga isyarat perdagangan yang ditawarkan adalah aktiviti pemegang teratas, masa memegang biasa dan populariti, korelasi harga. Tujuan setiap penawaran ini adalah untuk membolehkan pelabur membentuk strategi perdagangan lebih baik, dengan menggunakan pandangan lebih dari sekadar metrik sahaja.

Isyarat masa memegang biasa, contohnya, menjejak bilangan hari median sesuatu aset dipegang sebelum ia dipindahkan melalui transaksi baru. Populariti aset, dalam kategori yang sama, menjejak bagaimana pengguna memegang satu matawang kripto. Metrik ini kononnya akan membolehkan pelabur memahami tingkah laku pengguna, dalam bentuk anonymous dan agregat.

Menurut pengumuman itu, penawaran baru ini adalah “yang pertama dalam kripto”. Coinbase juga menyatakan bahawa metrik itu akan ditawarkan bersama-sama data pasaran tradisional, yang juga akan disediakan.

Seperti yang dilaporkan oleh Cointelegraph sebelum ini, Coinbase mengeluarkan laporan tentang penggunaan matawang digital dan trend kesedaran di Amerika Syarikat pada 28 Jun. Coinbase menggunakan data dari survey yang mengumpul respon dari 2,000 peserta tahun ini. Dari mereka yang memberi respon, 58% berkata mereka pernah mendengar tentang Bitcoin.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coinbase-announces-three-data-based-trading-signals-for-users

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.