Default – Above Header Ads

Coinbase Menjangka akan Memegang Jagaan Kripto Bernilai $2 Bilion

Aset digital bernilai lebih kurang $1.3 bilion berada di bawah jagaan Coinbase Custody, dan jika firma perkhidmatan jagaan itu boleh dipercayai, ia akan mencecah $2 bilion tidak lama lama lagi. Kenyataan dari syarikat itu membacakan:

“Kami ada $1.3 bilion assets under custody (AUC) dan menjangka akan mencecah $2bn tidak lama lagi. Kami tiada niat untuk berhenti setakat itu sahaja. […] Coinbase Custody berkhidmat untuk lebih 90 klien. Daripada itu, kira-kira 40% adalah di luar Amerika Syarikat.”

Bebenang Twitter yang diterbitkan minggu sebelum ini oleh akaun Coinbase Custody mendedahkan angka ini, tidak lama selepas lawatan ke UK dari CEO Sam McIngvale dan ketua pegawai keselamatan maklumat Philip Martin, untuk berbincang tentang kriptoekonomi institusi dengan rangkaian prospek dan klien”.

Di perjumpaan itu, firma itu dilaporkan menganggap dirinya penawar gred institusi, walaupun tiada institusi yang sama di ruangan kripto lagi. Perkhidmatannya mempunyai insurans, di kawal selia, dan selamat, menurut firma itu, sebagai justifikasi dakwaan ini.

Coinbase Custody menganggap kripto sebagai kelas aset yang sedang matang, dan dalam perjalanan ke arah kematangan sepenuhnya, hub fintech seperti London sedang menarik inovasi kripto yang terbaik.

Pertengahan bulan lalu CEO Coinbase Brian Armstrong telah menyatakan angka $1 bilion AUC, walaupun harga Bitcoin yang naik sejak itu mungkin menjelaskan kenaikan sebanyak $300 juta.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/coinbase-expects-to-soon-hold-custody-for-2-billion-in-crypto/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.