Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Coinbase Wallet Menambah Sokongan untuk XRP dalam versi iOS dan Android

 

Pada 14 Mac, Coinbase mengumumkan bahawa “Coinbase Wallet”, aplikasi wallet yang dikawal pengguna (non-custodial) untuk iOS dan Android, sedang dikemaskini untuk menambah sokongan XRP.

Coinbase menerangkan perbezaan antara coinbase.com dan Coinbase Wallet:

coinbase.com a.k.a Coinbase Consumer adalah broker matawang digital – anda menggunakannya untuk membeli atau menjual matawang kripto di bursa pertukaran untuk matawang fiat (USD atau matawang fiat tempatan). Coinbase Consumer juga boleh menjadi penjaga (custodian), menyimpan matawang digital untuk anda selepas anda membelinya. Coinbase Consumer boleh didapati di 32 negara. Wallet adalah wallet matawang digital yang dikawal pengguna dan juga pelayar DApp. Ini bermakna dengan Wallet, private key (yang melambangkan pemilikan matawang kripto itu), disimpan secara langsung dalam peranti anda dan bukannya dengan bursa berpusat seperti Coinbase Consumer. Anda tidak memerlukan akaun Coinbase Consumer untuk menggunakna Wallet dan anda boleh muat turun Wallet dari mana sahaja di dunia.”

Ini adalah antara sebab mengapa anda ingin menggunakan Coinbase Wallet:

“Coinbase Wallet adalah produk software yang memberi anda akses kepada inovasi desentralisasi yang meluas – membeli dan menyimpan token ERC-20, menyertai airdrop dan ICO, mengumpul hasil seni digital unik dan koleksi lain, melayari aplikasi desentralisasi (DApps), beli-belah di kedai-kedai yang menerima matawang kripto, dan menghantar kripto kepada sesiapa sahaja di dunia.”

Coinbase Wallet adalah aplikasi mobile yang pada awalnya hanya menyokong ETH dan token Ethereum (ERC20 dan ERC721). Pada 26 November 2018, sokongan untuk ETC ditambah. Pada 5 Februari, sokongan untuk BTC diumumkan. Dua minggu kemudian, Coinbase menambah sokongan untuk BCH. Dan Bermula 22 Februari, ia memperkenalkan sokongan untuk menyimpan,menerima dan menghantar LTC.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/03/coinbase-wallet-adds-support-for-xrp-in-both-ios-and-android-versions/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads