Default – Above Header Ads

Coinfloor Melancarkan Perdagangan Bitcoin Futures Fizikal

 

CoinfloorEX, salah satu unit bursa pertukaran kripto Coinfloor yang beroperasi di UK, menawarkan perdagangan Bitcoin futures berbentuk fizikal di pasaran Asia. CEO syarikat tersebut telah mendedahkan maklumat ini dalam temubual bersama Bloomberg pada 7 Januari.

CoinFLEX yang baru sahaja dijenama semula – pendek untuk Coin Futures and Lending Exchangedilaporkan dimiliki konsortium yang termasuk Roger Ver seorang usahawan Bitcoin dan penyokong hard fork Bitcoin Cash yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Konsortium di belakang CoinFLEX juga termasuk pelabur Bitcoin Mike Komaransky, firma pelaburan perbankan Dragonfly Capital di Amerika Syarikat, syarikat induk platform pertukaran CoinShares dan lain-lain.

Menurut Bloomberg, projek baru itu akan beroperasi di Hong Kong dan diketuai oleh Mark Lamb, pengasas bersama Coinfloor. Ia akan menawarkan kontrak futures Bitcoin, Bitcoin Cash dan Ethereum kepada pelabur biasa yang berada di Asia bermula Februari.

Dalam temubual bersama Bloomberg, Lamb berkata bahawa semua futures syarikat itu akan dihantar secara fizikal. Sebaik sahaja kontrak tamat tempoh, pelanggan akan diberi matawang kripto sebagai ganti pembayaran wang tunai. Bloomberg menekan kepentingan ini untuk membezakan Coinfloor dengan “pasaran kripto yang tiada peraturan.”

Pada bulan Oktober 2018, laporan telah mengatakan Coinfloor memberhentikan 40 pekerja sebagai sebahagian daripada penyusunan semula syarikat itu. CEO Obi Nwosu berkata bahawa syarikat itu sedang melalui perubahan staf dan redundansi.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/uk-crypto-exchange-coinfloor-to-launch-trading-of-physically-delivered-bitcoin-futures

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.