Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

ConsenSys Memperoleh Sepenuhnya Penyedia Infrastruktur Ethereum Infura

Syarikat perisian blockhain Ethereum, ConsenSys telah mengumumkan bahawa ia telah memperolehi sepenuhnya Infura, penyedia prasarana blockchain yang disokong firma itu sebelum ini. Infura akan meneruskan operasinya sebagai unit perniagaan milik penuh dalam firma tersebut. Infura juga menyatakan bahawa pengasas ConsenSys Joseph Lubin adalah salah satu daripada pelabur awal mereka.

Infura menyediakan infrastruktur Ethereum untuk membina aplikasi terdesentralisasi, yang membolehkan pemaju untuk menggunakan penyelesaian mereka tanpa memiliki nod penuh mereka sendiri. Pada Julai 2019, firma itu melancarkan Infura+ dan memperkenalkan tiga jenis langganan baru.

Pada bulan Mac 2019, syarikat penyelidikan aset digital Delphi Digital menerbitkan laporan yang menunjuk kepada proses pemusatan kuasa oleh Infura. Laporan itu berpendapat bahawa dengan menggunakan Infura, pemaju bergantung kepada infrastruktur yang dikendalikan sepenuhnya oleh ConsenSys dan dihoskan oleh Amazon Web Services, yang mewujudkan satu titik kegagalan yang merupakan perkara yang ingin dihindari dalam projek desentralisasi.

Rujukan:

https://blog.infura.io/infura-has-officially-been-acquired-by-consensys-e6ac5d27afa?gi=1586b7b9d624

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.