Default – Above Header Ads

ConsenSys Menyenaraikan 16 Permainan berdasarkan Ethereum Untuk Anda Dapatkan Wang 

Blockchain mempunyai potensi untuk merevolusikan industri permainan melalui Non-Fungible Tokens (NFT).

Media ConsenSys baru-baru ini menyenaraikan 16 permainan berdasarkan NFT di mana pengguna boleh bermain dan mendapatkan wang dalam proses.

Menurut ConsenSys, sementara komuniti blockchain masih sibuk berbincang tentang naik taraf rangkaian, penggunaan dan penskalaan, permainan berdasarkan blockchain secara senyap memberi bukti bahawa teknologi Blockchain boleh merevolusikan sesuatu industri.

Di atas blockchain Ethereum, non-fungible tokens didefinisikan sebagai token ERC-721. Token ini tidak mempunyai nilai yang sama dengan token ERC-721 lain, tidak seperti token ERC-20. Satu ETH bersamaan nilai dengan satu lagi ETH, tapi itu bukan Kesnya dengan NFT.

Permainan menggunakan token ERC-721, dan ConsenSys mendakwa bahawa salah satu dari ahli kumpulannya mendapat $600 dalam masa tiga jam menggunakan NFT dalam Ethereum.

ConsenSys telah membuat senarai permainan berbeza yang menggunakan NFT dan membawa token baru dan unik untuk dibeli, dijual dan didagang di Ethereum. Terdapat beberapa kategori permainan bermula dengan “Permainan Koleksi dan Perdagangan” seperti CryptoKitties, permainan berdasarkan Ethereum yang popular yang membolehkan pengguna membeli, membiakkan dan menjual kucing digital unik.

Etheremon adalah permainan yang membolehkan pengguna menangkap, melatih dan menjual makhluk unik yang dipanggil Mons.

PlasmaBears adalah permainan di mana beruang digital boleh dibina, dijual dan didagang atau dihantar mengembara untuk mencari aset yang boleh dipakai.

OX Universe membolehkan pengguna mencipta kapal angkasa dan meneroka galaksi, menjajah planet baru dan menjual sumber.

Kategori seterusnya adalah “Permainan Bertarung” yang termasuk permainan seperti Chibi Fighters di mana pemain boleh bertarung dan mendagangkan pahlawan digital dan mengumpul senjata.

Permainan pertarungan lain termasuk Hyperdragons di mana pengguna membiak dan melatih naga digital dan MyCryptoHeroes di mana pengguna boleh mengumpul, melatih dan bertarung dengan tokoh sejarah.

Permainan lain yang popular adalah Axie Infinity, Blockchain Cuties, World of Ether dan Gods Unchained.

Kategori seterusnya adalah “Permainan Strategi” yang temasuk Decentraland, dunia VR di mana pengguna mendapat satu plot tanah untuk membina dan menjual aset.

Satu lagi adalah CryptoAssault di mana pengguna mengarahkan tentera dalam dunia 3D dan CryptoBaseball di mana pengguna bermain baseball dengan token yang mewakiili pemain baseball sebenar yang melambangkan prestasi di dunia sebenar.

Kategori terakhir yang disenaraikan ConsenSys adalah “Perdagangan Hasil Seni” di mana NFT digunakan dalam aplikasi perdagangan hasil seni seperti CryptoSketches dan SuperRare untuk membeli, mendagangkan dan menjual seni digital yang unik.

Sumber:

https://blokt.com/news/consensys-lists-16-ethereum-blockchain-based-games-you-can-make-money-playing

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads