Default – Above Header Ads

ConsenSys Menyertai Industri Berita untuk Melabur Dalam Platform WordPress Baru

 

Firma teknologi Blockchain ConsenSys telah menyertai industri berita untuk menyumbang kepada penciptaan platform berita baru oleh WordPress, menurut sidang akhbar rasmi pada 14 Januari.

ConsenSys telah melabur sebanyak $350,000 dalam projek baru itu, Newspack, platform penerbitan untuk syarikat berita.

Melalui pelaburan itu, syarikat Blockchain global itu akan menyertai organisasi dalam industri berita yang lain seperti Google News, The Lenfest Institute for Journalism and The John S.dan James L. Knight Foundation. Secara keseluruhan, syarikat induk WordPress, iaitu Automattic dan rakan kongsinya Spirited Media and News Revenue Hub telah mendapat $2.4 juta untuk inisiatif pendanaan tahun pertama.

Selain dari melabur dalam inisiatif proof-of-concept WordPress, iaitu sistem pengurusan web paling popular dunia, dan ConsenSys juga akan menawarkan plugin berdasarkan Blockchain untuk Civil. Disokong oleh ConsenSys, Civil akan membolehkan mana-mana newsroom yang berminat untuk menyertai rangkaian kewartawanan yang dimiliki komuniti dan menyimpan kandungan mereka dalam sistem penyimpanana desentralisasinya.

CivilMedia adalah firma yang disokong ConsenSys itu mendakwa ia menggunakan matawang kripto untuk menyelamatkan kewartawanan. Pada Oktober 2018, syarikat itu mengumpul $1.4 juta dalam ICO daripada sasaran $8 juta. Namun begitu, memandangkan matlamat itu belum dicapai, Civil memulangkan wang tetapi mengumumkan rancangan untuk pelancaran pada Februari 2019 walaupun gagal mencapai sasaran.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/consensys-joins-news-industry-leaders-to-invest-in-new-wordpress-publishing-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads