Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Continental Melancarkan Demo Aplikasi Pendapatan untuk Platform Kereta Berdasarkan Blockchain

Pengeluar kenderaan Continental telah melancarkan aplikasi yang dipanggil Earn As You Drive, yang menggunakan teknologi Blockchain untuk mengewangkan maklumat pengguna kereta.

Forbes melaporkan berita itu pada 29 Ogos. Menurut laporan itu, Continental telah bekerjasama dengan firma teknologi Hewlett Packard Enterprises dan pembekal rangkaian sumber terbuka crossbar.io untuk mencipta Earn As You Drive. Aplikasi ini dilaporkan membolehkan pengguna untuk menjana pendapatan matawang kripto untuk berkongsi maklumat tentang tempat melatakkan kenderaan melalui sensor kenderaan. Data ini dikongsi dengan pengeluar, yang akan menghantarnya ke perkhidmatan parkir pihak ketiga.

Aplikasi baru itu bergantung kepada Data Monetization Platform Continental. Seperti yang dilaporkan Cointelegraph Brasil sebelum ini, Continental bekerja sama dengan Hewlett Packard untuk pembangunan ini, yang diumumkan pada bulan Februari. Tambahan lagi, projek itu juga bertujuan untuk menggunakan data itu untuk menambah keyakinan dan keselamatan pemandu.

Jaguar Land Rover juga telah menguji program pendapatan dengan IOTA Foundation. Menurut laporan itu, syarikat itu telah menguji program itu di Ireland, yang membolehkan pengguna menerima IOTA apabila mereka berkongsi data.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Cointelegraph, Jaguar Land Rover dan IOTA sedang menjalankan demo teknologi DLT untuk menjejak dan berkongsi data tenaga. Selain daripada menyediakan data tentang banyak mana tenaga yang digunakan Jaguar I-Pace, platform itu juga menjejak sumber tenaga dan memastikan ianya datang dari sumber yang boleh diperbaharui.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Cointelegraph, syarikat rangkaian tenaga E.On telah memfailkan permohonan paten untuk pengumpul maklumat berdasarkan blockchain yang boleh digunakan untuk pengewangan data. Peranti itu dilaporkan akan menggunakan sensor untuk mengumpul data pengguna untuk aplikasi smart home, di mana pengguna boleh memilih untuk menjualnya kepada pihak ketiga.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/continental-unveils-demo-earning-app-for-blockchain-based-car-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.