Default – Above Header Ads

Craig Wright ingin Menyelesaikan Kes Saman $10 Bilion di Luar Mahkamah

Craig Wright yang mengaku dirinya pencipta Bitcoin telah memasuki perbincangan penyelesaian dengan estet Dave Kleiman, firma yang telah menyamannya $10 bilion.

Pemfailan padan 17 September di mahkamah majistret Florida menunjukkan kedua-dua Wright dan estet Kleiman telah meminta hakim untuk memberi mereka tempoh tamat 30-hari. Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian non-binding yang akan membantu mereka muktamadkan penyelesaian itu di luar mahkamah, menurut permintaan mereka.

“Kedua-dua pihak telah memasuk rundingan penyelesaian ekstensif dan telah mencapai perjanjian non-binding untuk menyelesaikan perkara ini […] Mencapai perjanjian penyelesaian muktamad yang terikat adalah untuk kebaikan kedua-dua pihak, dan tambahan masa 30 hari telah diberi untuk membolehkan kedua-dua pihak berusaha untuk mencapai matlamat itu.”

Keputusan itu datang berbulan selepas Ira Kleiman memfailkan saman terhadap Wright kerana menipu abangnya Dave Kleiman daripada 1.1 juta Bitcoin. Ira mendakwa Wright, yang bekerja dengan Dave antara 2008 hingga 2013 untuk melombong Bitcoin, secara haram telah mengambil bahagian Dave sebanyak 50 peratus selepas kematiannya.

Pada 27 Ogos, Hakim Bruce E. Reinhart mengarahkan Wright untuk memulangkan bahagian Bitcoin Dave kepada estet keluarganya. Dia juga telah mengkritik programmer berbangsa Australia itu kerana memalsukan identitinya, memalsukan dokumen dan menipu untuk menyembunyikan simpanan Bitcoin yang dia dan Dave telah lombong bersama-sama sebelum 31 Disember 2013.

Wright telah mempertahankan dirinya dengan berkata dia tiada akses kepada Bitcoin yang dilombong sebelum tarikh itu. Walaupun dengan mendakwa dirinya adalah Satoshi Nakamoto, pencipta Bitcoin, Wright berkata pada awalnya dia takut penggunaan Bitcoin dalam kalangan penjenayah akan membawanya masalah undang-undang. Ini menyebabkan dia membuang simpanan Bitcoinnya menggunakan entiti undang-undang yang dipanggil Tulip Trust.

Menurut Wright, dia dan Dave adalah pemegang amanah dana itu. Dia telah enkripsi wallet dan memberi salah satu private key kepada Dave. Tetapi selepas kematian Dave, dia tidak boleh akses dana Bitcoin itu.

Hakim Reinhart menolak testimony Wright dan mengatakan:

“Cerita Dr Wirght bukan sahaja tiada bukti sokongan dalam rekod, ia tidak masuk akal dan juga pengalaman dunia sebenar,” tambah hakim itu. Dia juga berkata Wright yang tidak patuh dengan arahan mahkamah adalah disengajakan.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/09/18/craig-wright-looking-to-settle-10bn-lawsuit-outside-court/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.