Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Craig Wright Kalah dalam Kes Kleiman – Berbilion dalam Bitcoin Diserahkan kepada Estet Kleiman

Craig Wright telah kalah dalam kes Kleiman. Hakim telah mengarahkan Wright untuk menyerahkan sebahagian daripada aset Bitcoin sebelum 2014 – bernilai lebih $5 bilion – kepada estet Kleiman, bersama-sama hartanah intelektual yang agak signifikan.

Majistret the Southern District Court of Florida Bruce Reinhart merekomen estet Kleiman diberikan sebahagian daripada Bitcoin dan hartanah intelektual Wright yang dimiliki sebelum 2014.

Pada tahun 2018, Ira Kleiman, abang kepada arwah rakan kerja Wright Dave Kleiman, telah menyaman Craig Wright kerana cuba untuk mengambil aset BTC yang sangat besar dalam estet itu sebanyak 1.1 juta BTC yang disimpan dalam dana keluarga itu. Aset ini dikongsi milik antara Wright dan Kleiman.

Sepanjang perbincangan selama setahun itu, nampaknya Craig Wright mencuba untuk memalsukan dokumen dan menipu, dibawah penalti sumpah bohong, dalam cubaan untuk mendapatkan hak ke atas aset Kleiman $5 bilion dalam Bitcoin. Aset ini didapati melalui W&K Info Defense Research yang beroperasi di Florida, satu syarikat yang kedua-duanya gunakan untuk melombong melalui awal-awal protokol.

Hari ini, hakim itu mengesahkan semula bahawa Craig Wright memang bertindak jahat dalam mahkamah. Hakim itu menolak testimoni Wright, menjumpai bahawa dia telah menipu dalam mahkamah, dan juga memalsukan dokumen, menurut daripada dokumen mahkamah.

Walaupun begitu, hakim itu tidak mengenal pasti sama ada Wright adalah oencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto. Tetapi dengan apa yang dia lakukan dalam mahkamah mempersoalkan dakwaannya.

Sementara itu, selepas keputusan itu, rakan Craig Wright, Calvin Ayre menyatakan bahawa ia tidak menjejaskan Bitcoin SV.

Sejak berita itu keluar, Bitcoin SV telah jatuh beberapa peratus. Namun begitu, memandangkan ketiadaan kecairan dan jumlah banyak yang dipegang oleh pemilik BSV dalam kalangan entiti yang berkaitan dengan Wright et. al., impak peristiwa itu mungkin tidak dicerminkan sepenuhnya dalam aktiviti pasaran.

Walaupun begitu, jika Wright menjual aset BSV untuk memuaskan hati keputusan mahkamah, kemungkinan besar pasaran Bitcoin SV akan terjejas.

Sumber:

https://cryptoslate.com/craig-wright-loses-kleiman-case-billions-bitcoin-awarded/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads