Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Craig Wright Lancarkan Client Bitcoin Cash Untuk Penuhi Visi Satoshi

 

Walaupun banyak cubaan untuk berkerja sama, perang ke atas visi asal Satoshi itu bakal berterusan kerana komuniti teknikal Bitcoin Cash menuju ke arah pemisahan blockchain pada bulan November. Craig Wright dari firma nChain, yang pada hari Khamis telah melancarkan versi alpha Bitcoin SV (pendek untuk “Satoshi Vision”),iaitu pelaksanaan nod penuh Bitcoin Cash dari firma tersebut. Pada masa yang sama, firma itu mengumumkan penciptaan SV Pool, sebuah kolam perlombongan BCH “sejajar dengan Visi Satoshi asal,” yang akan memulakan perlombongan pada bulan September.

Dengan ancaman untuk pelancaran pesaing kepada client Bitcoin Cash, nChain – dengan sokongan CoinGeek, kolam perlombongan BCH terbesar – menyerang pelaksanaan Bitcoin ABC, yang pelaksanaan nod penuhnya adalah yang paling popular di kalangan pelombong BCH. Kedua-dua kem ini mempunyai visi yang berbeza untuk masa depan Bitcoin Cash, serta cara terbaik untuk memenuhi visi kertas putih Bitcoin. Disebabkan ini, Bitcoin Cash boleh berpecah kepada beberapa versi apabila rangkaian akan mengalami hard forkyang dirancang pada bulan November.

Node pertama Bitcoin SV telah berfungsi, dengan lapan nod disambungkan ke rangkaian BCH pada pagi Jumaat. Masih jauh jika Bitcoin SV ingin menggantikan Bitcoin ABC, kerana kini terdapat 1,444 nod yang menjalankan perisian Bitcoin ABC, bersamaan dengan lebih daripada 64 peratus daripada keseluruhan rangkaian Bitcoin Cash.

Sumber:

Craig Wright Releases ‘Satoshi Vision’ Bitcoin Cash Client, Launches Mining Pool

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads