Default – Above Header Ads

Croatian Post Melancarkan Program Pilot untuk Pertukaran Kripto-ke-Fiat

Croatian Post telah bekerjasama dengan Electrocoin untuk menjalankan program pilot untuk pertukaran kripto-ke-fiat di bandar Zadar.

Perkhidmatan pilot itu dilaporkan akan membolehkan pemegang kripto menukar Bitcoin, Ether, Stellar, Ripple dan EOS kepada wang tunai di salah satu pejabat tempatan Croatian Post, menurut pengumuman oleh perkhidmatan surat-menyurat pada 24 Julai.

Program pilot itu kini boleh didapati di tiga pejabat pos di Zadar untuk melihat minat pasaran dalam perkhidmatan itu. Croatian Post bertujuan untuk mengembangkan perkhidmatan itu ke bandar-bandar utama dan pusat pelancong di seluruh Croatia. Menurut laporan itu, perkhidmatan kripto-ke-tunai itu telah dijalankan sejak 15 Julai.

Menurut pengumuman itu, rakan kongsi Croatian Post, Electrocoin telah menjalankan Bitcoin brokerage selama lima tahun. Menurut laman web firma itu, perkhidmatan Electrocoin boleh didapati di seluruh European Union.

Pada bulan Februari, perkhidmatan pos Lichtenstein, Liechtensteinische Post AG, mengumumkan perancangan untuk menawarkan pekrhidmatan pertukaran matawang kripto di lokasi fizikal mereka. Pada bulan Julai, pengarah cawangana Liechtenstein, Gustav Gstoehl, berkata bahawa program itu telah berjaya.

Liechtenstein Post dilaporkan akan mengembangkan perkhidmatan dengan menambah had pertukaran harian dari 1,000 Swiss francs ($1,009) kepada 20,000 ($20,189), dan mengembangkannya ke lokasi lain.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, Austrian Post mengeluarkan koleksi setem berdasarkan blockchain pada bulan Jun. Koleksi Setem itu adalah yang pertama di dunia, dan dikeluarkan dalam dua bahagian – setem yang dihiasi dengan unicorn Ethereum, dan pengesah setem yang mengandungi kod QR.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/croatian-post-launches-pilot-program-for-crypto-to-fiat-exchange

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.