Default – Above Header Ads

Cuba Blockchain dalam Strategi Data Persekutuan, Pakar Meminta White House

Pakar dalam data terbuka mencadangkan bahawa kerajaan persekutuan AS perlu meletakkan lebih banyak agensi untuk melabur dalam blockchain menggunakan strategi data persekutuan, untuk sekurang-kurangnya beberapa use case yang sulit.

Strategi data persekutuan didedahkan kepada awam baru-baru ini dan ia meminta agensi untuk menggunakan standard yang sama untuk memastikan data dalaman mereka lebih mudah diakses dan digunakan oleh kerajaan. Walaupun pakar tidak melihat blockchain sebagai pengubat segala isu dalam strategi kerajaan, mereka masih melihat bahawa ia boleh memudahkan perkongsian maklumat dalam kalangan agensi kerajaan.

Laporan terbaru dari Data Foundation mengatakan:

“Memandangkan kerajaan persekutuan melangkah ke hadapan dalam membangunkan strategi data persekutuan, pertimbangan boleh diberikan kepada bagaimana blockchain boleh menyumbang kepada penyusunan data yang lebih baik sebagai aset yang strategik untuk kerajaan. Blockchain boleh membawa bulatan peserta lebih besar ke dalam projek yang membekalkan data terbuka untuk kegunaan awam.”

Melangkaui hype blockchain, penyelidik berkata tidak semua tentang teknologi itu tidak boleh digunakan secara pragmatik. Contohnya, ia mempunyai potensi dalam kebolehannya menjejak semua perubahan yang dibuat kepada aset khusus dan memastikan dataset dan rekod lain tidak dimaninpulasi oleh pengguna yang berbeza dan mengekalkan ketepatan dan kebolehpercayaannya. Mereka juga berkata ia sesuai untuk proses standard yang tidak selalu diubah. Dan dalam kes agensi kerajaan AS, ianya berpadanan.

Laporan itu juga menambah: “Sama ada blockchain akan membuktikan kejayaannya dalam kerajaan masih belum dapat dilihat. Tetapi buat masa ini, menggunakan blockchain untuk program dan operasi kerajaan patut disambut dengan baik jika boleh.”

Sumber:

https://bitcoinnews.com/try-blockchain-in-federal-data-strategy-experts-urge-white-house/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.