Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Daerah di Korea Selatan akan Implementasi Blockchain untuk Ketelusan Pentadbiran

 

Satu daerah di Korea Selatan mengumumkan ia akan implementasi Blockchain dalam sistem penilaian cadangannya, akhbar tempatan Newsis melaporkan pada 16 Januari.

Menurut liputan itu, daerah Yeongdeungpo-gu – satu daerah pentadbiran di barat daya Seoul – bermatlamat untuk menguatkan ketelusan pentadbirannya dengan menggunakan sistem penilaian berdasarkan Blockchain.

Sistem itu juga akan membantu mengelakkan daripada pemalsuan dalam proses pembidaan pemilihan syarikat perkhidmatan awam, menurut terbitan itu. Aplikasi berdasarkan Blockchain itu akan digunakan di seluruh projek penilaian cadangan di daerah itu tahun ini, dengan rancangan untuk mengembangkan keseluruhan jabatan, bersama-sama daerah lain, di masa hadapan.

Tahun lalu, daerah Yeongdeungpo-gu telah mengumumkan pembinaan sistem penilain cadangan berdasarkan Blockchain untuk menambah keadilan, ketelusan dan integriti proses pentadbiran, seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada 19 Julai.

Pengumuman hari ini menandakan kejayaan eksperimen Yeongdeungpo-gu dalam aplikasi technologi blockchain, menurut Newsis.

Awal minggu ini, Kementerian Strategi dan Kewangan Korea Selatan menambah blockchain ke dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang layak menerima kredit cukai, dengan tujuan untuk menyokong inovasi dalam ekosistem itu, seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada 12 Januari.

Juga minggu ini, jabatan pertahanan Korea Selatan mengumumkan pilot untuk membangunkan aplikasi Blockchain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/south-korean-district-to-implement-blockchain-for-administrative-transparency

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads