Default – Above Header Ads

Daimler Menjalankan Transaksi Pertama di atas Rangkaian Perdagangan Blockchain Marco Polo

Pengeluar automobil Daimler telah menjalankan transaksi pertamanya di atas rangkaian kewangan perdagangan Marco Polo berdasarkan blockchain.

Transaksi perdagangan komersial pilot itu melihat firma itu – yang memiliki jenama Mercedes-Benz dan juga yang lain – memproses data yang diperlukan untuk bertukar pembayaran dengan firma kejuruteraan dan pembina bahagian Dürr, menurut kepada sidang media yang dihantar kepada CoinDesk pada 24 September. Bank Jerman Landesbank Baden-Wüettemberg (LBBW) juga terlibat dalam perdagangan itu.

Pilot itu melibarkan perjanjian permintaan dan penghantaran untuk sistem imbangan dari subsidiari Dürr Schenck yang disusun melalui Marco Polo. Pembayaran telah dijalankan melalui komitmen bersyarat dari bank Daimler.

Sebak Sahaja peralatan yang dipesan dihantar, data penghantaran telah dimasukkan ke dalam Marco Polo dan secara otomatik disemak kepada data transaksi yang telah dipersetujui, seterusnya menjana obligasi pembayaran.

Ditubuhkan oleh startup R3 dan TradeIX, Marco Polo dibina di atas platform blockchain Corda R3. Rangkaian itu bertujuan untuk menyediakan sambungan real-time, menambah baik ketelusan dalam hubungan perdagangan dan menurunkan halangan kepada akses kapital.

Buat masa ini, menyusun pembayaran tradisional berdasarkan kertas untuk transaksi perdagangan antarabangsa tidak efisyen dan perlahan, memerlukan beberapa sistem dan pengantara seperti pembekal logistik, pembekal insurans, penguatkuasa kastam, menurut pengumuman LBBW.

Pilot itu – yang dijalankan dalam “masa beberapa minit dan bukan berhari-hari” – telah meyakinkan Dürr dan Daimler bahawa blockchain boleh membuat proses “lebih cepat dan mudah,” menurut bank itu.

Kebolehan untuk mencetus pembayaran secara otomatik adalah milestone untuk rangkaian itu, yang diumumkan pada bulan Ogos. Transaksi pertama Marco Polo melibarkan LBBW dan Commerzbank dan melihat pembekal logistik Logwin AG menambah data kepada blockchain untuk memulakan obligasi pembayaran.

Sumber:

https://www.coindesk.com/daimler-carries-out-first-transaction-on-marco-polo-blockchain-trade-network

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads