Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Dana Kripto Pertama Yang Diluluskan Di Hong Kong Mensasarkan Saiz Dana Bernilai $100M

Venture Smart Asia telah melancarkan dana matawang kripto pertama yang diluluskan di Hong Kong dengan sasaran saiz dana bernilai $ 100 juta di bawah pengurusannya untuk tahun pertama. Menurut laporan pada 20 April, Arrano Capital, cabang syarikat blockchain kepada Venture Smart Asia, mengumumkan pelancaran dana Bitcoin (BTC) baru di Hong Kong. Firma modal teroka tersebut melaporkan telah memenuhi syarat untuk dana kripto berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan (SFC) tempatan.

Ketua Pegawai Pelaburan Arrano (CIO), Avaneesh Acquilla berkata percubaan pertama hanyalah dana penjejak, membeli dan menjual BTC. Walaupun begitu, matlamat syarikat adalah untuk melepasi $ 100 juta aset digital di bawah pengurusan pada tahun pertama. CIO tersebut berharap dapat melancarkan dana kedua yang diuruskan secara aktif berurusan dengan sekumpulan token pada tahun 2020.

“Kami memutuskan untuk melancarkan dana ini untuk menangani permintaan pasaran dari pelabur profesional yang semakin fokus pada Bitcoin sebagai penyimpan nilai alternatif. Akhirnya Bitcoin dapat diterima secara meluas dan untuk orang ramai mempercayainya, perlu ada peraturan.”

Sejak SFC mengumumkan akan mulai mengawal selia bursa perdagangan kripto secara rasmi pada bulan Oktober 2018, komiti tersebut telah mengeluarkan beberapa persetujuan. Firma perkhidmatan kewangan Blockchain Diginex adalah salah satu yang pertama mendapat kebenaran untuk menggunakan aset digital pada bulan Jun 2019.

Walau bagaimanapun, aplikasi Venture Smart Asia menjadikannya dana kripto rasmi pertama di wilayah ekonomi khas, yang membolehkan pelabur runcti menceburkan diri dalam BTC. Syarikat lain yang tidak memenuhi semua kriteria SFC hanya boleh memasarkan kepada pelabur profesional.

Rujukan:

https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-04-19/hong-kong-s-first-approved-crypto-fund-is-targeting-100-million?srnd=premium-asia

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.