Default – Above Header Ads

Dash akan Digunakan oleh Peruncit Terbesar Venezuela

 

Traki, kedai runcit terbesar di Venezuela, adalah yang terbaru untuk menggunakan Dash untuk menyelamatkan rakyat negara itu daripada hiperinflasi. Matawang kripto untuk pembayaran dan e-commerce itu mempunyai reputasi yang besar di Venezuela, sebahagian kerana kerjasamanya dengan platform perdagangan, Cryptobuyer. Hari ini, Cryptobuyer mengumumkan ia akan digunakan di Traki yang mempunyai 46 cawangan.

Sistem point of sale (pos) Cryptobuyer pada awalnya akan dilancarkan sebagai pilot dan telah diperkenalkan kerana “permintaan yang tinggi daripada pengguna Dash dan peniaga tempatan,” menurut sidang media.

Ernesto Contreras, Pengurus BizDev Amerika Latin, untuk Dash Core Group memberitahu Decrypt bahawa kerjasama asas itu, seperti dengan Cryptobuyer, sangat penting untuk kejayaan matawang kripto.

“Kami mencari rakan kongsi yang ingin membina dengan kami,” katanya. “Blackout baru-baru ini membuktikan kripto adalah penyelesaian yang berpotensi, selagi semua orang mempunyai telefon bercas dan signal, transaksi boleh diselesaikan. Jadi, walaupun dengan kesukaran yang anda, Dash dilihat sebagai peluang untuk menyelesaikan beberapa masalah ini.”

Dan Dash telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah. Menurut Contreras, ia juga telah menyelamatkan nyawa. Dalam blackout baru-baru ini, laporan menyatakan Dash Text adalah satu-satunya kaedah pembayaran yang tidak berhenti berfungsi. Ia telah membolehkan rakyat Venezuela untuk menambah kredit telefon bimbit mereka tanpa akses ke internet.

Dash ingin mengambil takhta Bitcoin sebagai matawang kripto paling popular Venezuela. Menurut Cryptobuyer, ia telah mengatasi Bitcoin dalam rantau itu dan kini diterima oleh 2,200 peniaga dalam negara itu.

Sumber:

https://decryptmedia.com/6174/dash-venezuela-cryptobuyer-traki-pos

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads