Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Data Google Menunjukkan Fasa “Bitcoin to the Moon” Baru

Seperti yang dilaporkan oleh BitcoinNews.com baru-baru ini, pencarian online global untuk Bitcoin meningkat sejak awal tahun ini. Tetapi kini, dengan Bitcoin mencecah harga tinggi secara konsisten sejak kebelakangan ini, data Google Trends menunjukkan fasa baru “Bitcoin to the Moon”.

Bitcoin sudah pun menetapkan milestone baru pada bulan Mei apabila ia mencecah rekod tertinggi pencarian di Google sejak Februari 2018, ketika kejatuhan Bitcoin bermula. Menjelang Jun, walaupun dengan harga menurun, matawang kripto paling popular di dunia telah menjadi lebih popular dari Presiden Trump dan keluarga Kardashians. Ramai berkata populariti ini yang membuatkan Google menyelenggara algoritma enjin pencariannya, menyebabkan laman media Bitcoin seperti cnn.com untuk mengumumkan penutupannya.

Tetapi kini, ccn.com berkata pencarian Bitcoin diberi nilai 12 (daripada 100), tahap pencarian hari ini jauh daripada penilaian 100 yang dicecah pada tahun 2017, dengan hampir semua ekonomi dunia melaporkan tentang kejayaan Bitcoin, menyebabkan sentimen FOMO berleluasa dan orang ramai membeli matawang kripto itu dalam keadaan panik.

Penurunan yang berlaku telah menyebabkan ramai kecewa, dan kadar pencarian jatuh mendadak.

Komen dari Grayscale juga menyokong teori ini, bahawa pelabur biasa masih lagi tidak menyertai larian kali ini:

“Pelabur institusi merangkumi peratusan tertinggi jumlah permintaan untuk produk Grayscale dalam suku tahun pertama (73%). Ini konsisten dengan bahagian aliran masuk mereka dalam tempoh dua belas bulan (73%). Seperti yang kami sudah nyatakan dalam laporan sebelum ini, banyak pelabur institusi mungkin melihat pasaran yang menurun sebagai titik kemasukan yang bail untuk menambah kedudukan mereka dalam aset digital.”

Tetapi jangan kita lupa, pelabur biasalah yang menolak harga Bitcoin ke atas dalam larian bull sebelum ini, dan kemungkinan besar mereka juga adalah yang sama yang melakukkan kepada Bitcoin kali ini…sebaik sahaja mereka merasa masa sudah tiba.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/google-data-suggests-new-bitcoin-moon/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.