Default – Above Header Ads

DDKOIN (DDK) sebuah scam?

 

Komuniti DDK baru-baru ini telah mengadakan sebuah dialog mengenai masa depan DDK yang sehingga ini masih belum dilancarkan sepenuhnya. Dialog itu dihadiri oleh saudara Azlin yang merupakan pimpinan tertinggi komuniti DDK di Sabah dan mantan pengurus besar Saba Capital, saudara Ahmad Jasri. Manakala pengasas DDK, Dato Arai Ezra tidak menghadirkan diri.

Dialog itu membincangkan tentang ketakutan dan harapan ahli komuniti yang sudah 8 bulan menanti pelancaran DDK yang masih belum berlaku dan peranan Saba Capital dalam system DDK. Saudara Azlin dan rakan-rakan telah mula berasa sangsi dengan kebolehan dan janji-janji yang dibuat oleh pihak pengurusan DDK.

DDK adalah coin (matawang digital) baru yang dirancang untuk menggantikan coin DNC milik skim pelaburan Dinar Dirham. Kooperasi Dinar Dirham yang dibawah syarikat DinarDirham sebelum ini pernah diserbu oleh penguatkuasa Bank Negara dan syarikat DinarDirham telah disenaraikan dalam watch list Bank Negara walaupun pihak mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa laman web yang disenaraikan itu tiada kena-mengena dengan syarikat mereka.

Ahli-ahli komuniti DDK rata-ratanya mahu wang mereka dipulangkan kerana sudah mula hilang keyakinan terhadap DDK yang dikatakan menggunakan teknologi blockchain.

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=3gSBiuHhVTQ

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.