Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Dell Melihat Kepada Teknologi Blockchain Untuk Tingkatkan Pelaburan Pertumbuhan Perniagaannya

 

Dell EMC, anak syarikat pengeluar komputer Dell, mengumumkan bahawa ia mempunyai rancangan untuk melabur dalam teknologi baru termasuklah kecerdasan buatan, blockchain, analisis data dan pematuhan awan. Khususnya, firma itu berharap untuk mengekalkan kedudukannya di pasaran serverdengan menggunakan alat berteknologi baru.

Manish Gupta, pengarah kanan Kumpulan Penyelesaian Infrastruktur di Dell EMC India, berkata minat dari pelanggan utama syarikat itu dalam blokchain menyebabkan mereka menggunakan teknologi itu. Dell EMC sedang mencari teknologi baharu untuk membantu pelanggan menguruskan beban kerja tradisional dan “baru” pada serverDell.

Kajian oleh Dell Technologies Digital Transformation Index menunjukkan bahawa 37 peratus daripada perniagaan India merancang untuk melabur dalam bidang blokchain, 31 peratus dalam pengkomputeran kuantum dan 42 peratus dalam augmented realityatau virtual realitydalam beberapa tahun akan datang. Dell EMC COO, Dmitri Chen menunjukan bahawa syarikat itu berharap untuk memberi perhatian kepada minat yang semakin meningkat, dengan menyatakan bahawa India semakin bergerak ke arah pendigitalan.

Sumber:

https://tech.economictimes.indiatimes.com/news/corporate/dell-bets-on-new-technologies-to-grow-server-biz/65958942

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.