Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Deutsche Börse Lancarkan Unit Yang Memfokuskan Mata Wang Kripto Dan Blockchain

 

Gergasi pasaran modal Jerman, Deutsche Börse telah mewujudkan unit ‘DLT, Aset Kripto danPasaran Baru’ yang berdedikasi untuk meneroka penerapan teknologi blockchain. Bursa perdaganganJerman ini telahbekerjasama dengan depositori sekuritiberpusat antarabangsa mengenai bagaimana untuk menggunakan kontrak pintar untuk menggerakkan cagaran terhad dan juga mewujudkan prototaip penyelesaiansekuriti berasaskan teknologi blockchain berdasarkan kajianDeutsche Bundesbank.

Jens Hachmeister, Pengarah Urusan DLT, AsetKriptoo dan Pasaran Baru untuk Deutsche Börse berkata Bursa perdaganganitu telah aktif dengan blockchain fasapertamaberkenaan”ideasi dan eksplorasi.” “Kami melabur dalam pelbagai inisiatif untuk mewujudkan pemahaman yang baik tentang trend, teknologi, dan potensinya dalam segmen tradisional rantaian nilai kami, “katanya.

Deutsche Börse juga telah memperluaskan perkongsiannya dengan HQLAx berikutan pengambilalihan yang dimeteraikan selepas ia membuat pelaburan permulaan berjumlah sejuta Eurodalam HQLAx – firma pengurusan kecairan dan cagaran dalam membinasebuah model pengendalian pinjamansekuriti berasaskan blockchain.

Sumber:

https://www.finextra.com/newsarticle/32599/deutsche-bourse-sets-up-dedicated-blockchain-and-crypto-assets-unit

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads