Default – Above Header Ads

Deutsche Telekom, Alibaba Cloud, Citi Sertai Projek Blockchain Hyperledger

 

Konsortium Blockchain, Hyperledger meneruskan pengembangan pantasnya dengan menambah 16 ahli baru. Sebanyak 16 anggota baru diumumkan di Forum Global Hyperledger di Basel, Switzerland, termasuk syarikat pengkomputeran awan Alibaba Cloud; perkhidmatan kewangan gergasi Citigroup; platform perdagangan blockchain We.Trade; dan Deutsche Telekom, penyedia telekomunikasi terbesar di Eropah.

Ahli terbaru konsortium ini  juga termasuk Guangzhishu Teknology, Guangzhou Technology Innovation Space Information Technology, Bank KEB Hana, HealthVerity, MediConCen, Techrock, Xooa dan BlockDao. Dengan tambahan terbaru, Hyperledger telah berkembang menjadi lebih daripada 260 ahli.

Dalam satu kenyataan, pengarah eksekutif Hyperledger, Brian Behlendorf berkata penambahan itu membuktikan minat terhadap ruang blockchain terus berkembang pantas, sambil menambah: “Komuniti Hyperledger yang semakin berkembang mencerminkan semakin pentingnya usaha projek sumber terbuka untuk membina teknologi blockchain perusahaan di seluruh industri dan pasaran. Ahli-ahli terbaru mempamerkan minat yang semakin meluas kepada DLT dan Hyperledger.”

Sumber:

https://www.prnewswire.com/news-releases/hyperledger-adds-alibaba-cloud-citi-deutsche-telekom-wetrade-and-12-more-new-members-at-hyperledger-global-forum-300763940.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads