Default – Above Header Ads

Developer Ethereum Memberi “Lampu Hijau” Tentatif kepada Kod yang Menghalang ASIC

 

Ahli komuniti pembangunan Ethereum bersetuju secara tentatif pada Hari Jumaat untuk implementasi algoritma baru yang akan menghalang peralatan perlombongan khusus, atau ASIC, sementara menunggu ujian seterusnya ke atas kod yang dicadangkan itu.

Jika diterima oleh rangkaian pengguna yang menjalankan software Ethereum, penggunaan kod baru itu, yang dipanggil “ProgPoW,” akan menghalang ASIC, seperti yang dikeluarkan firma perlombongan besar Bitmain. Ditempatnya, satu sofware baru akan membolehkan perisian GPU – yang telah diatasi ASIC – untuk bersaing mendapatkan ganjaran di platform.

ASIC telah dibangunkan untuk Ethereum seawal bulan April 2018 lagi.

Bercakap melalui panggilan, ketua sekuriti Martin Holst Swende mengatakan bahawa dia lebih suka pertukaran itu dibuat kerana ia akan memastikan keselamatan ethereum yang akan berpindah ke proof-of-stake, satu sistem baru di mana pengguna boleh melombong kripto baru bukan menggunakan elektrik tetapi dengan mengetepikan coin yang dimiliki.

“Kita tahu pada Hari ini Ethhash mempunyai kelemahan yang kini sedang disasarkan. Sebab itulah saya ingin membuat pertukaran ini secepat mungkin untuk memberi masa untuk berpindah ke proof-of-stake,” Holst-Swende berkata.

Menutup perbualan itu, pegawai komunikasi Ethereum Foundation, Hudson Jameson mengkategorikan konsensus telah dicapai ke atas cadangan itu. Dia berkata,”Ia berbunyi seperti kami sudah mencapai persetujuan yang kami akan maju dengan ProgPoW, yang bermaksud kami akan teruskan selagi tiada masalah utama yang dijumpai semasa ujian dijalankan.”

Ini bermakna, melainkan developer menghadapi isu yang tidak dijangka dengan pertukaran itu, ProgPoW akan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada naik taraf seluruh sistem, atau hard fork, dalam masa dua hingga empat bulan akan datang. Selain daripada ProgPoW, tiada perubahan software akan dimasukkan dalam naik taraf, developer berkata.

Berita itu datang seiring dengan Constantinople, naik taraf besar yang kelima platform itu, yang mendekati pengaktifan. Bercakap dalam panggilan, pengurus Parity Afri Schoeden berkata bahawa mengikut masa blok semasa, Constatinople akan aktif “10 minit selepas 12:00 UTC pada hari Rabu, 16 Januari.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/ethereum-developers-give-tentative-greenlight-to-asic-blocking-code

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads