Default – Above Header Ads

DigiByte Memulakan Fasa Pilot untuk DigiAssets di Platform Blockchainnya

 

Dalam satu tweet pada 13 Februari, DigiByte, syarikat blockchain mendedahkan bahawa Ujian DigiAssets di dalam blockchainnya telah bermula. DigiByte dianggap sebagai blockchain yang selamat, tidak dicensor, penskalaan, tiga elemen yang akan membawa kepada permintaan oleh pembangun aplikasi desentralisasi, menurut laporan oleh media tempatan pada 16 Februari.

Menurut DigiByte, pilot DigiAssets di atas blockchain telah bermula dan pembangunnya sedang menguji pengeluaran aset, asset explorer, integrasi wallet dan sebagainya. 

Dari segi keselamatan, platform blockchain desentralisasi dikatakan mempunyai teknikaliti yang menjadikan ia selamat dan kurang terdedah kepada serangan. Jadi, syarikat yang meliaht untuk melancarkan token mereka di DigiByte akan dijamin pada tahap keselamatan ini. Ciri keselamatan ini adalah titik jualannya yang akan menarik syarikat dalam industri matawang kripto untuk mengambil peluang itu.

Blockchain Digibyte juga dipercayai adalah salah satu blockchain paling berskala diluar sana. Ia boleh memproses jumlah transaksi harian yang tinggi (setinggi 40 juta transaksi), oleh itu membolehkan aset di atasnya untuk skala dengan cepat. Tambahan lagi, aplikasi yang disasarkan kepada penonton yang besar yang menemui kelebihan blockchain ini.

Satu lagi ciri penting adalah, blockchain Digibyte yang uncensored yang menjanjikan kawalan kepada pemilik aset ke atas token mereka. Di sini, tiada ketakutan projek mereka akan ditutup yang boleh menjadi kes biasa dalam sistem berpusat.

Kesannya, kebolehan ini akan membawa permintaan yang tinggi untuk blockchain dan secara tidak langsung mempengaruhi harga token Digibyte. Meskipun token itu kini didagangkan pada harga kurang dari sedollar ($0.008), terdapat spekulasi bahawa penggunaan meluas boleh membantu menaikkan harganya seperti blockchain Ethereum yang mempengaruhi harga token Ether.

Sumber:

https://zycrypto.com/digibyte-begins-pilot-phase-of-digiassets-on-its-blockchain-platform/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

===

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads