Default – Above Header Ads

Disney Mungkin Membeli Saham dalam Kripto dengan Urus Janji Bernilai $13.2 Bilion

Dua bursa saham besar, Bitstamp dan Korbit, mungkin akan dimiliki Walt Disney Corp, syarikat media terbesar dunia tidak lama lagi, jika urus janji ekuiti bernilai $13 bilion ditandatangani. Ini adalah menurut laporan dari media tempatan Korea Selatan, The Korea Herald, pada 17 April.

Menurut laporan itu, Jung-ju Kim, pengerusi gergasi permainan online NXC Corporation, merancang untuk menjual sahamnya sebanyak 98.6% di syarikat itu, dan Disney adalah salah satu pembida besar.

Ini adalah penting kerana NXC memiliki 47% daripada pembangun permainan terbesar Korea Selatan, Nexon, yang memegang 47% saham dalam Bitstamp – bursa pertukaran kripto tertua di dunia – dan 60% saham di Korbit – salah satu bursa pertukaran terbesar di Korea Selatan.

Seperti yang dilaporkan, sumber yang berhampiran dengan perkara itu berkata Disney adalah pembeli yang dipilih. Ini logik, kerana Disney mempunyai tempat yang istimewa dalam hati Jung-ju, menurut media tempatan Korea itu.

Bagi pembeli lain yang berminat dalam NXC, gergasi internet China, Tencent dan Kakao Corp Korea Selatan juga dilaporkan berminat. Urus janji $13 bilion itu boleh Memberi Disney atau syarikat lain kedudukan yang signifikan dalam industri bursa pertukaran kripto.

Namun begitu, berkenaan urus janji itu, Nexon mahupun bursa pertukaran telah mengumumkan keputusan terakhir kepada awam, atau memberi apa-apa komen terhadap khabar angin itu.

Sumber:

https://www.investinblockchain.com/disney-might-get-stake-crypto-with-this-13-2b-deal/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads