Default – Above Header Ads

DLive Sertai Ekosistem BitTorrent Untuk Jadikan Teknologi Blockchain Asas Arus Perdana Kepada Perkongsian Kandungan Siaran Langsung

BitTorrent, gergasi perkongsian fail peer-to-peer (p2p) mengumumkan pada 30 Disember bahawa DLive, platform siaran langsung berasaskan blokchain, akan menyertai ekosistemnya. Melalui perkongsian ini, DLive akan membawa perkongsian kandungan antara rakan dan keupayaan siaran langsung kepada pengguna aktif BitTorrent yang berjumlah 100 juta sebulan.

DLive, yang dilancarkan hampir 2 tahun lalu, sudah mempunyai lebih daripada 5 juta pengguna aktif bulanan dan komuniti siaran langsung yang bersemangat. Sun menjelaskan bahawa DLive adalah salah satu platform berasaskan blockchain yang terkemuka untuk siaran langsung. DLive akan menggabungkan sistem akaunnya dengan BitTorrent untuk mengintegrasikan kedua-dua komuniti tersebut. Sebagai contoh, BLive, platform siaran langsung yang diperkenalkan oleh BitTorrent pada awal tahun 2019, akan berhijrah ke DLive, menyertai pasukan bersama-sama. DLive juga akan mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka pada rangkaian BitTorrent untuk menjana kesedaran untuk perkongsian kandungan yang terdesentralisasi.

DLive, yang kini dibina di atas blockchain Lino (sebelum ini dibina di atas blockchain STEEM), akan berpindah ke blockchain TRON hasil kerjasama ini. TRON memperoleh BitTorrent pada Julai 2018 untuk menggabungkan sistem tersebut dalam usaha untuk mewujudkan protokol desentralisasi terbesar di dunia untuk perkongsian fail. DLive akan terus menyokong blockchain Lino sehingga peralihan ke blockchain TRON selesai.

Rujukan:

https://cointelegraph.com/news/dlive-joins-bittorrent-ecosystem-to-make-blockchain-based-content-sharing-mainstream

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads