Default – Above Header Ads

Dominasi Bitcoin Jatuh 5% Dan ‘Altseason’ Baru Kian Muncul

Musim Altcoin adalah tempoh dalam kitaran pasaran, di mana matawang kripto lain mempunyai prestasi lebih baik dari Bitcoin, walaupun harga Bitcoin meningkat.

Sewaktu tempoh ini, dominasi Bitcoin, yang mengambil kira bahagian relatif Bitcoin dalam keseluruhan pasaran matawang kripto, adalah lebih rendah. Sementara itu, altcoin semakin kuat dan mendapat momentum yang baik.

Sewaktu penulisan, dominasi Bitcoin adalah 55 peratus. Ini menandakan penurunan sebanyak 5 peratus dalam masa dua minggu.

Ia juga datang semasa tempoh di mana harga Bitcoin meningkat. Sejak 14 Mei, Bitcoin telah naik hampir 10 peratus. Walaupun dengan kenaikan itu, bahagian Bitcoin dalam keseluruhan pasaran telah jatuh.

Pada masa sama, seperti yang dilaporkan Bitcoinist sebelum ini, indeks dominasi pasaran tidak selalunya menunjukkan gambaran keseluruhan pasaran dengan tepat. Indeks lain, contohnya, meletakkan Bitcoin lebih 80 peratus.

Namun begitu, hakikatnya kapital pasaran Bitcoin semakin jatuh adalah tanda altcoin sudah hampir mengatasi Bitcoin. Tambahan lagi, sepanjang 90 hari yang lalu, nampaknya nilai banyak altcoin utama juga telah naik secara signifikan.

Oleh itu, pedagang kini bertanya sama ada musim altseason sudah tiba.

Seperti yang dilihat dalam gambar rajah di atas, antara altcoin yang naik dengan signifikan adalah Bitcoin Cash (BCH), Binance Coin (BNB), EOS, Litecoin (LTC), DASH dan lain-lain.

Kekuatan jangka masa pendek altcoin yang relatif, dan kejatuhan dominasi Bitcoin, kemungkinan besar mengisyaratkan musim altcoin sudahpun kian muncul.

Namun begitu, melihat gambaran keseluruhan, ia adalah cerita yang berbeza. Sepanjang 12 bulan yang lalu, kebanyakan altcoin menunjukkan kerugian yang sangat besar dalam lingkungan 35 hingga 70 peratus. Bitcoin pula telah menunjukkan keuntungan yang banyak sejak harga rendahnya di sekitar $3,200 pada awal tahun ini.

Tambahn lagi, altcoin akan mengikuti prestasi Bitcoin dan jika Bitcoin bersin – setiap altcoin akan berjangkit dan demam.

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-dominance-slips-5-altseason/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!