Default – Above Header Ads

Dua Orang Ditahan kerana Mengancam Startup Matawang Kripto

Penguatkuasa di Amerika Syarikat telah menahan dua individu yang didakwa mengancam untuk menghancurkan syarikat startup kripto jika mereka tidak dibayar dengan matawang kripto bernilai jutaan dolar.

Pada 18 September, Pejabat Pendakwa Raya AS untuk Daerah Timur New York, bersama-sama dengan FBI mengumumkan penahanan Steven Nerayoff dan Michael Hlady. Kedua-dua individu telah didakwa dengan pemerasan startup matawang kripto dan telahpun hadir di mahkamah persekutuan.

Nerayoff, seorang peguam, telah dilaporkan dilantik untuk membantu dalam ICO syarikat yang beroperasi di Seattle dan telah membawa masuk defendan kedua sebagai “orang operasi”nya.

Tidak lama selepas itu, kedua-dua defendan telah menunjukkan tanda-tanda pemerasan apabila mereka mengarah syarikat itu untuk memberi mereka jutaan dollar dalam kapital yang dikumpul dan juga token syarikat itu, walaupun mereka tidak menawarkan apa-apa perkhidmatan tambahan. Kedua-duanya didakwa mengancam eksekutif syarikat itu dengan sabotaj ICO dan juga penutupan startup itu. Pendakwa raya AS Richard P. Donoghue berkata:

“Seperti dalam dakwaan, Nerayoff dan Hlady telah menjalankan peras ugut cara lama, untuk dibayar dalam matawang kripto abad ke-21. Pejabat ini dan rakan sekerja kami di FBI komited unutk melindungi perniagaan dari peras ugut, sama ada tuntutan adalah dalam US Dollar mahupun matawang kripto.”

Timbalan Pengarah FBI William Sweeney berkata bahawa ini adalah skim peras ugut yang klasik dengan elemen zaman moden, menambah:

“Membuat permintaan keras kepada syarikat untuk kepentingan sendiri adalah sesuatu yang berisiko, sama ada dia ingin dibayar dalam matawang kripto ataupun wang tunai. FBI akan terus mencari keadilan untuk mangsa yang mempunyai perniagaan yang telah disasarkan oleh jenis penipuan ini.”

Cointelegraph melaporkan pada bulan Ogos bahawa, menurut laporan oleh Symantec, penjenayah siber telah berjaya mendapatkan $1.2 juta dalam Bitcoin melalui peras ugut dan ancaman bom sepanjang 12 bulan lalu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/two-arrested-for-old-fashioned-shakedown-of-cryptocurrency-startup

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads