Default – Above Header Ads

Dua Pandangan Ahli Ekonomi terhadap Kebolehan Bitcoin untuk Menganggu Wang Fiat

“Separuh daripada penonton di sini berkata, ‘Saya berharap anda mati dalam kebakaran.’”

Sebagai seorang libertarian, pelawak dan podcast host Dave Smith mempunyai banyak persamaan dengan peminat Bitcoin, yang mempunyai reputasi cenderung ke arah pemikiran libertarian. Tetapi apabila dia dan yang lain berhujah bahawa Bitcoin tidak akan menggantikan matawang yang dikeluarkan kerajaan, Smith berhujah (dengan nada lawak) bahawa ini adalah respon yang diterima.

Smith membuka Soho Forum, debat bulanan di selatan Manhattan, menarik kumpulan libertarian, atau mereka yang percaya input kerajaan yang sedikit dalam kehidupan orang ramai akan menambah baik taraf kehidupan dunia.

Topik pada hari Isnin adalah sama ada Bitcoin lebih “sesuai” untuk membantu dengan itu, dengan menentang bank pusat, entiti berkuasa di seluruh dunia yang mengawal bekalan wang nasional, sama ada baik atau buruk. Memandangkan ianya adalah perbahasan libertarian, kebanyakkan penonton bersetuju dengan point bahawa peranan bank pusat perlu diaudit atau diperkecilkan, jika tidak dibuang sepenuhnya.

Bitcoin mengambil alih penciptaan wang dari apa sahaja entiti, termasuk kerajaan. Ia berbunyi seperti mimpi libertarian. Walaupun begitu, kebanyakan libertarian nampaknya agak skeptikal ia akan akhirnya menjadi matawang yang akan menggantikan matawang kerajaan.

Perkataan tepat resolusi yang dibahaskan adalah: “Bitcoin tidak sesuai untuk menjadi medium pertukaran apa sahaja negara,” atau sebagai objek yang boleh dipindahkan untuk barangan. Fikirkan tentang dollar.

Dengan ahli ekonomi George Selgin berhujah untuk resolusi ini, sementara penulis “The Bitcoin Standard” dan ahli ekonomi Saifedean Ammous berhujah menentangnya.

Selgin menyukai objektif Bitcoin, memperkenalkan lebih banyak persaingan matawang di mana kerajaan kini mempunyai kuasa mutlak. Malah, dia adalah penyelidik bahagian penyelidikan di Cato Institute menerokai alternatif kepada bank pusat.

Tetapi Bitcoin, dia berhujah, “tidak akan memenuhi tugas.”

“Soalan pertama tentang wang adalah, ‘Apa yang anda boleh beli dengannya?’” Selgin berhujah secara langsung.

Dia menyatakan bahawa ianya sukar untuk orang mencari kedai yang menerima matawang kripto.

“Apabila orang biasa – yang tidak termasuk kebanyakan anda – berfikir, ‘Wang jenis apa yang saya ingin pergunakan? Apa yang patut saya gunakan sebagai medium pertukaran?’ Jawanpannya, yang pertama adalah, apa yang orang lain gunakan? Apa yang kedai di situ ambil?” ahli ekonomi itu berkata, menyatakan bahawa Bitcoin tidak memenuhi keperluan ini.

Tetapi dia baru sahaja bermula.

Ahli ekonomi menyambung:

“Apa risiko memegangnya sentiasa? Adakah nilainya akan berkurangan sementara saya masih di kedai? Adakah saya perlu memikirkan perancangan untuk melindungi diri saya?”

Dia meneruskan hujah itu dengan menyatakan bahawa Bitcoin bukanlah jawapan yang difikirkan orang ramai apabila bercakap tentang soalan-soalan ini. Tambahan lagi, Selgin percaya harga naik turun Bitcoin, dan kadang-kadang yuran transaksi, dan penyelesaian yang perlahan sebagai sebab-sebab lain orang biasa tidak akan pergi ke Bitcoin – dan mungkin tidak akan.

Ammous pula berhujah bahawa walaupun Bitcoin tidak sempurna, ia berterusan untuk berkembang dengan cepat.

“Saya berpendapat kenyataan Bitcoin semakin gagal adalah sangat tidak realistik. […] Bitcoin telah berkembang tanpa henti dalam 10 tahun yang lalu,” Ammous berkata.

Walaupun Selgin berhujah bahawa ianya sukar untuk mencari kedai yang menerima Bitcoin, Ammous berhujah bahawa kerana penggunaannya meliputi seluruh dunia, dan tidak Hanya terhad kepada satu negara. Menurut statistik ekonomi global, dia menekankan bahawa Bitcoin adalah salah satu daripada 20 matawang paling bernilai di dunia.

“Paling penting, adalah alternatif paling berfungsi kepada bank pusat,” dia berkata, tidak berpendapat bahawa alternatif yang lebih baik akan datang dan menggantikannya.

Beri masa untuk ia matang, dia berkata.

Sumber:

https://www.coindesk.com/two-economists-two-views-on-bitcoins-ability-to-disrupt-fiat-money

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads