Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Dubai, Emirates NBD Tandatangani MoU Penyelesaian Pembiayaan Perdagangan Blockchain

Dewan Perniagaan dan Industri Dubai (DCCI) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Emirates NBD. DCCI, yang bertindak sebagai hab perniagaan antarabangsa di Dubai, telah menandatangani MoU dengan bank milik kerajaan Dubai, Emirates NBD.

Bank tersebut yang merupakan salah satu kumpulan perbankan terbesar di Timur Tengah dari segi aset, akan menyediakan penyelesaian pembiayaan perdagangan untuk Digital Silk Road, sebuah inisiatif Dubai 10X, yang menggunakan teknologi blockchain untuk mendigitalkan proses perdagangan di Dubai. Dubai 10X adalah sebuah program di mana pelbagai jabatan kerajaan ditugaskan untuk meneliti dan menggunakan teknologi baru untuk pentadbiran dan operasi mereka.

Hamad Buamim, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif DCCI, dilaporkan berkata perjanjian dengan Emirates NBD merupakan satu langkah utama bagi inisiatif ini, sambil menambah: “Pembiayaan perdagangan kekal sebagai salah satu alat yang paling penting yang digunakan hari ini untuk mempermudah perdagangan antarabangsa kerana ia memudahkan transaksi untuk pengimport dan pengeksport.”

Rujukan:

http://saudigazette.com.sa/article/579853/BUSINESS/DCCI-Emirates-NBD-sign-MoU-on-Digital-Silk-Road-initiative

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads