Default – Above Header Ads

DX.Exchange akan Menawarkan Aset Ditokenisasi dari Pasaran Saham Seluruh Dunia

 

Sebuah bursa pertukaran kripto baru yang dinamakan DX.Exchange akan dilancarkan di Estonia pada minggu hadapan, menurut Bloomberg, yang ingin merevolusikan pasaran saham tradisional.

Orang ramai akan mendapat akses yang mudah kepada saham Syarikat NASDAQ dengan DX.Exchange. DX.Exchange menawarkan pembelian matawang kripto dan kebolehan untuk menukarnya, pada masa yang sama ia akan membenarkan pengguna mendapatkan saham daripada 10 Syarikat ternama yang disenaraikan dalam NASDAQ, dalam bentuk token sekuriti.

DX.Exchange akan membolehkan pelabur bukan berasal dari Amerika Syarikat untuk membeli saham seperti dari Apple Inc.Facebook Inc., dan Tesla Inc. dan lain-lain, memandangkan kesemua aset itu dimiliki oleh MPS MarketPlace Securities Ltd., sebuah Syarikat yang beroperasi di bawah kawalan penguatkuasa kewangan, Cypriot.

Pemegang token sekuriti ini akan mendapat hak-hak yang sama seperti dalam pasaran saham tradisional, disebabkan setiap token itu bersandarkan saham syarikat di dunia sebenar. DX.Exchange mendagangkan token sekuriti itu sejajar dengan undang-undang yang telah ditetapkan penguatkuasa.

Wakil daripada DX.Exchange menjangka penawaran token sekuriti berdasarkan Ethereum itu akan membawa banyak kelebihan, dan akan menjadi popular, kerana pelabur boleh mendagangkan token sekuriti bila-bila masa sahaja, tidak termaktub kepada waktu operasi pasaran.

CEO DX.Exchange, Skowronski memberitahu Bloomberg,”Kami melihat peluar perniagaan yang sangat besar dalam mentokenisasi sekuriti sedia ada. Kami percaya ini hanya permulaan integrasi pasaran tradisional dengan teknologi Blockchain. Ini akan membuka satu dunia baru dalam perdagangan sekuriti tradisional.”

Bitcoin Exchange CEX.IO

Skowronski berkata pelabur tidak perlu risau tentang penguatkuasa Amerika Syarikat seperti SEC, kerana DX.Exchange tidak ditubuhkan di Amerika Syarikat. DX.Exchange mendapat lesen daripada Estonian Financial Intelligence Unit dan patu kepada garis panduan European MiFID II.

Ia mempunyai pejabat di Estonia dan Israel dan mendapat kelulusan untuk beroperasi di European Union.

DX.Exchange ingin menawarkan aset yang ditokenisasi dari pasaran saham besar seluruh dunia di masa akan datang. Aset yang ditokenisasi adalah salah satu trend terbaru dalam dunia teknologi Blockchain.

Senarai Syarikat NASDAQ itu akan menjadi pilot bagi DX.Exchange untuk melihat potensinya, kerana rancangan masa hadapan syarikat itu adalah memasuki pasaran lain seperti NYSE, JPX dan HKEX.

Sumber:

Tesla and Other NASDAQ Stocks to be Tokenized on Ethereum Are Set to Boost Crypto Exposure in 2019

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.